PENYANYI dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw berkongsi foto yang memperlihatkan imej terbaharunya selepas dua bulan menjalani pembedahan bariatrik. Melly atau Melliana Cessy Goeslaw, 48, berkata, selepas pembedahan itu dia mula menjalani kehidupan sihat dan gembira dengan hasilnya. “Alhamdulillah sudah dua bulan saya melakukan pembedahan bariatrik. “Maksudnya sudah dua bulan saya menjalani kehidupan sihat,” katanya. Penampilan terbaharu Melly, makin langsing. Selebriti Indonesia ini juga turut berkongsi tahap kesihatannya yang semakin baik, termasuklah bacaan gula dalam darahnya kembali normal. Daripada berat badan hampir mencecah 86 kilogram, kini Melly berjaya menurunkan kepada angka 70 kilogram dalam tempoh tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Melly Goeslaw pilih jalani bariatrik kerana obesiti ARTIKEL BERKAITAN: Siswa UPSI rasa bersalah pada Melly Goeslaw, gugup menyanyi depan Tuanku Zara... Memandai-mandai tukar lirik lagu! Selepas melakukan pembedahan bariatrik pada dua bulan lalu. “Gula dalam darah saya kembali normal hingga sekarang. Daripada berat badan hampir 86 kilogram, kini sudah mencecah 70 kilogram. “Tidur jadi lebih baik dan tidak berdengkur, malah apabila bangun badan terasa lebih segar,” tulisnya di laman instagram. Dalam pada itu, Melly turut mengucapkan terima kasih kepada Dr. Tompi yang juga penyanyi kerana menyarankan dia melakukan pembedahan tersebut. Terdahulu, Melly mengambil menjalani pembedahan bariatrik pada 18 Julai lalu akibat masalah obesiti yang dialaminya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI