suria

Penampilan Angelina Jolie berselendang hitam melawat mangsa banjir di Pakistan jadi perhatian

Angelina Jolie berbual bersama mangsa banjir di Pakistan.

DIKENALI sebagai aktivis kemanusiaan, pelakon Hollywood iaitu Angelina Jolie turun padang melawat Pakistan berhubung isu banjir teruk yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Memetik laporan CNA Lifestyle, aktres tersebut tiba di Lapangan terbang di Karachi pada Selasa lalu dan melawat beberapa kawasan paling teruk dilanda banjir seperti di daerah Dadu di wilayah Sindh.

Pelakon berusia 47 tahun itu dilihat mengenakan pakaian serba hitam serta menutup kepalanya menggunakan selendang sambil mendekati mangsa-mangsa banjir di negara itu telah menarik perhatian ramai.

Angelina Jolie bersama mangsa banjir di Pakistan.

Sementara itu, pihak International Rescue Committee (IRC) memaklumkan kedatangan Angelina ke Pakistan atas rasa prihatin aktres tersebut terhadap mangsa bencana alam yang menyebabkan 3.4 juta penduduk memerlukan bantuan.

Menurutnya, aktres berkenaan ingin merasai sendiri pengalaman bersama penduduk yang terjejas akibat banjir.

"Angelina sedang melawat kawasan terjejas dan ingin memahami tentang situasi banjir negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual ladang anggur tak beritahu, Brad Pitt saman Angelina Jolie!

ARTIKEL BERKAITAN: Sumber dedah Angelina Jolie individu lapor Brad Pitt mengamuk dalam kapal terbang pada 2016

"Dia ingin mendengar secara langsung tentang keperluan dan langkah untuk mencegah penderitaan yang sama pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, lebih 33 juta penduduk terjejas disebabkan bencana banjir berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun lalu.

Difahamkan, lebih 1,550 jumlah kematian yang melibatkan kanak-kanak manakala 13,000 pula cedera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain