SUDAH tidak tahan digelar sebagai penipu, pelakon Amber Heard akhirnya membuat keputusan berpindah ke Sepanyol demi mencari ketenangan. Memetik laporan The News, bintang filem Aquaman itu mengambil keputusan untuk berpindah kerana menyedari tidak dapat kembali ke dunia lakonan selepas terpaksa menerima kekalahan terhadap bekas suami, Johnny Depp. Perkara itu disahkan oleh kenalan rapat pelakon berkenaan yang enggan dikenali. Amber Heard cari kebahagiaan di Sepanyol. Amber juga berharap dapat merancakkan kembali karier lakonan di Sepanyol sekali gus menstabilkan kewangan serta hidup bahagia bersama anak perempuannya. Katanya, dia memilih untuk tinggal di Sepanyol kerana peminat di sana tidak menuduhnya sebagai penipu berikutan kekalahan kes saman fitnah itu ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard dikesan menyorok di Sepanyol selepas kalah kes saman Johnny Depp ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta peguam sendiri, sibuk cari wang bayar saman Bagaimanapun, Amber memaklumkan bahawa dia tidak berputus asa dalam mencari keadilan buat dirinya meskipun telah berpindah. Sebelum ini, keberadaan Amber di Sepanyol menjadi teka teki pengikutnya yang tidak pasti sama ada pelakon tersebut hanya bercuti atau sudah berpindah di negera itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI