SELEPAS Amber Heard memadam akaun Twitter miliknya, kali ini model sensasi Gigi Hadid juga membuat keputusan untuk menghapuskan akaunnya di aplikasi popular tersebut. Gigi menyatakan bahawa dia tidak mahu terkait lagi dengan sebarang masalah yang ada di aplikasi itu. "Hari ini saya sudah nyahaktifkan akaun Twitter. Peminat mencari akaun Twitter Gigi Hadid namun gagal "Sejak ditukar pemilik Twitter, platform ini telah menjadi tempat kebencian dan ketaksuban," tulisnya. Berita ini hangat diperkatakan oleh warga media sosial apabila Gigi dilihat memuat naik paparan skrin di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Elon Musk beli Twitter, akaun Amber Heard lesap! ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid halang percintaan Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio Bagaimanapun Gigi turut meminta maaf kepada pengikutnya di Twitter dan memberitahu bahawa dia gembira sepanjang bergelar pengguna. "Saya menggunakan Twitter ini sudah sepuluh tahun tetapi saya merasakan platform ini bukan lagi tempat yang selamat untuk digunakan. "Twitter bukan aplikasi yang akan memberi kebaikan kepada saya lagi," tulisnya pada hantaran tersebut. Tindakan Gigi yang memuat naik hantaran di Instastory telah menarik perhatian peminat Dalam pada itu, Gigi turut memuat naik paparan skrin menunjukkan kenyataan yang dibuat oleh Shannon Raj Singh iaitu bekas penasihat hak asasi manusia di Twitter. Sejak mengambil alih Twitter, Musk dikatakan telah memecat separuh dari bilangan pekerjanya melalui emel dengan tujuan untuk mempercepatkan lagi gerak kerja pekerja yang sedia ada. Selain Amber dan Gigi, penyanyi Toni Braxton juga terkejut dengan beberapa posting bersifat kebencian yang tersebar dan memilih untuk mengundur diri daripada platform tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI