suria

Atta Halilintar bengang netizen sindir badan isteri semakin berisi... anggap seolah-olah hina ibu sendiri

Atta sentiasa memberi sokongan buat Aurel untuk bersenam.

PERSONALITI media sosial, Atta Halilintar bengang apabila ada segelintir netizen mempersendakan bentuk badan isterinya, Aurel Hermansyah yang dikatakan semakin berisi.

Bagi Atta isu tersebut tidak perlu dijadikan bahan jenaka memandangkan Aurel baru sahaja melahirkan anak pertama mereka pada Februari lalu dan kini masih dalam tempoh menyusu badan.

"Yang menghina itu lahir dari mana? Mereka juga lahir dari rahim seorang ibu. Pasti ibu mereka juga seperti itu dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti dan Ashanty terlalu melindungi cucu pertama, Aurel Hermansyah rasa terpinggir sebagai ibu

"Jika seorang ibu yang berjuang untuk anaknya dan diperkatakan begitu, ia adalah tidak bagus. Mother shaming itu tidak elok dan ia sangat sensitif," jelasnya.

Tambah Atta, isterinya turut terasa hati apabila menerima kata-kata sindiran netizen itu.

Sebagai suami, Atta memberitahu dia sentiasa menyokong Aurel dan tidak mempedulikan kata-kata orang ramai.

"Kita hanya ada dua tangan, jadi tak mampu nak tutup mulut semua orang. Apa boleh buat hanya tutup telinga sendiri, berfikiran positif dan fokus dengan kerja harian," ujarnya.

Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain