PENYANYI rap, Kanye West memfailkan saman terhadap sebuah rangkaian restoran burger iaitu Melbourne kerana didakwa menggunakan dia sebagai bahan inspirasi di restoran berkenaan. Memetik laporan Daily Mail, restoran burger berkenaan menggunakan album dan juga lagu penyanyi tersebut untuk nama hidangan mereka. 'Gold Digger' dan 'Good Morning' adalah antara hidangan burger yang mempunyai nama yang sama dengan lagu-lagu yang dihasilkan oleh Kanye. Katanya Kanye, dia menyedari nama restoran tersebut sama dengan album pertamanya dan beberapa tajuk lagunya yang dijadikan nama hidangan mereka. Antara menu yang berinspirasikan Kanye West. Menurut pihak peguamnya, dia telah menghantar dokumen setebal 43 muka surat terhadap College Dropout Burgers di Upper Heidelberg Rd agar restoran berkenaan menarik semula semua perkara menggunakan penjenamaan Kanye selain membayar kerugian dialami penyanyi tersebut. Kedai burger dibuka pada Mei 2021 dan menerima surat saman daripada Kanye pada Jun 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Ralat kontrak dibatalkan, Kanye West lelong produk jenama mewah harga murah ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat Sementara itu, pemilik restoran berkenaan, Mark Elkouri bagaimanapun menegaskan bahawa perniagaan miliknya tiada kena mengena dengan penyanyi rap itu. "Kami tidak mempunyai kaitan dengan Kanye West. Nama College Dropout BugersTM merujuk kepada nama album pertama Kanye dan kami mula berniaga di kampus universiti di Melbourne. "Kami peminat Kanye dan karyanya. Jadi kami memberi penghormatan kepadanya dengan menamakan beberapa hidangan kami melalui karyanya. Bagaimanapun, Kanye tiada kaitan dengan perniagaan kami," katanya. Bukan itu sahaja, restoran berkenaan turut mengilhamkan Mark Zuckerburg, Brad Pitt dan Bill Gates dalam salah satu nama hidangan mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI