suria

Nick Carter didakwa rogol remaja 17 tahun, siap ugut jangan buat laporan polis

Nick didakwa atas tuduhan merogol remaja perempuan.

PENYANYI Nick Carter berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sekitar 21 tahun lalu.

Mangsa dikenali sebagai Shannon Shay Ruth mendakwa anggota kumpulan Backstreet Boys itu memanggilnya selepas sesi bertemu peminat di sebuah konsert sebelum dibawa menaiki sebuah bas.

Ruth yang kini berusia 38 tahun berkata, dia mengambil masa lama untuk membuat laporan polis kerana bimbang Nick akan menggunakan populariti dan kuasa sebagai selebriti untuk membebaskan diri daripada tuduhan berkenaan.

Malah Ruth mendakwa, Nick mengugutnya untuk tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis atau dia akan dipenjarakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Carter Rasa Bersalah Atas Kematian Adik

"Dia (Nick) beritahu Ruth akan meringkuk dalam penjara jika dia memberitahu hal tersebut kepada orang lain kerana dia mempunyai kuasa berbuat demikian.

"Disebabkan ancaman itu, Ruth mengambil tempoh 21 tahun sebelum membuat laporan," kata peguam Ruth.

Dalam kejadian tersebut, Ruth mendakwa Nick memberinya sejenis minuman beralkohol yang dinamakan sebagai jus VIP.

Selepas menawarkan minuman tersebut, dia mendakawa di bawa ke bilik air dalam bas jelajah dan dipaksa melakukan hubungan seks.

Ruth turut mendakwa dia terkena jangkitan kuman akibat hubungan kelamin yang dilakukan dengan Nick.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain