suria

Anak bongsu pilih naik bas berbanding Rolls Royce ke sekolah, malu ada ibu bapa terkenal seperti David dan Victoria Beckham

Harper Seven Beckham malu dihantar menaiki kereta mewah bapanya.

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan anak perempuannya, Harper Seven Beckham malu mempunyai ibu bapa yang terkenal.

Kata Victoria, anak bongsunya itu juga berasa malu apabila suaminya, David Berckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Dedahnya lagi, Harper pernah meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah.

Harper bersama keluarganya.

"David menghantarnya menggunakan kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan.

"Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu menaiki bas sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak anak berkahwin, Victoria trauma jika David Beckham tinggalkan dia buat selama-lamanya

ARTIKEL BERKAITAN: Kesabaran Victoria Beckham semakin menipis, menantu buat hal dedah isu dalaman keluarga

Victoria mendedahkan perkara itu menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini.

Kata Victoria dia mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh David ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain