PELAKON Bollywood, Tunisha Sharma ditemukan sudah tidak bernyawa ketika di set penggambaran drama bersiri Visai di Mumbai, India. Sebelum kejadian, pelakon berusia 20 tahun itu dikatakan pergi ke tandas namun tidak muncul-muncul bagi menyambung penggambaran. Menyedari akan perkara itu, beberapa krew produksi cuba memecahkan pintu bilik solek mangsa dan menemuinya dalam keadaan tergantung pada kipas siling. Tunisha Sharma sempat dikejarkan ke hospital. Menurut Inspektor Kanan Kailash Barve dari Balai Polis Valiv berkata Sharma sempat dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Pihaknya juga akan menyiasat kes tersebut daripada semua sudut termasuk jenayah pembunuhan. ARTIKEL BERKAITAN: Tak habis-habis gosip cinta Leonardo DiCaprio... kali ini ‘dating’ dengan pelakon muda Victoria Lamas ARTIKEL BERKAITAN: Tory Lanez didapati bersalah tembak Megan Thee Stallion, berdepan hukuman penjara 20 tahun Menerusi tinjauan di Instagram mangsa, rata-rata ruangan komen meluahkan rasa sedih kehilangan pelakon berbakat besar itu. Untuk rekod, aktres tersebut menceburi bidang lakonan sejak kanak-kanak dan terkenal dengan peranan Shehzaadi Mariam dalam Ali Baba Dastaa-E-Kabil. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI