SIKAP prihatin Lee Seung Gi sekali lagi menarik perhatian netizen apabila kali ini dia memberi sumbangan wang tunai RM1.9 juta kepada pertubuhan Korea Red Cross sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 baru-baru ini. Sumbangan itu akan digunakan bagi membiayai kos membeli trak makanan dan pengangkutan bas bagi tujuan program derma darah untuk mangsa bencana. Menyedari masalah kekurangan bekalan darah di negaranya, Lee Seung Gi berharap sumbangan tersebut dapat membantu orang ramai terutama mereka yang tinggal di kejirannnya apabila dilanda musibah. ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi menang tuntutan RM18 juta daripada syarikat pengurusan, mahu derma buat golongan memerlukan "Saya mahu menyediakan bantuan apabila berlaku bencana. Alangkah baiknya jika mereka yang terlibat dengan bencana mendapat makanan secukupnya. "Bencana dan kecemasan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya harap dengan bantuan ini dapat membantu jiran-jiran yang terlibat sebagai mangsa," katanya. Sebelum ini Lee Seung Ji mendermakan wang berjumlah RM18 juta selepas menang tuntutan daripada bekas syarikat pengurusannya yang dikatakan gagal membayar wang keuntungan hasil jualan album sepanjang tempoh 18 tahun berada dalam industri seni. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI