suria

Lembutnya hati Rizky Billar... sanggup maafkan lelaki ancam nyawanya

Rizky ambil langkah berdamai dengan lelaki yang mengancam dirinya.

ENGGAN memanjangkan kes, pelakon Rizky Billar mengambil keputusan memaafkan seorang individu yang mengancam nyawanya sebelum ini.

Rizky, 29, berkata dia tindakan demikian kerana tersentuh melihat lelaki berkenaan selepas bertemu di balai polis pada Jumaat.

"Hati saya tersentuh melihat dia. Dia juga seorang ayah yang berjuang mencari nafkah untuk anak," katanya seperti yang dipetik dari Suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh seorang ‘bencong’, Rizky Billar cabar bersemuka bukti kejantanan

Bagaimanapun Rizky meletakkan syarat bertulis meminta lelaki asal Aceh itu supaya tidak mengulangi perbuatan sama di masa akan datang.

Isu antara mereka bermula apabila lelaki tersebut memberi komen keterlaluan terhadap Rizky di laman sosial miliknya.

Berang dengan perbuatan itu, suami kepada penyanyi Lesti Kejora itu kemudiannya memuat naik gambar individu tersebut sebelum menerima ancaman.

"Saya tunjukkan wajahnya lalu dia beri ancaman. Dia mahu kelar leher saya," katanya.

Rizky selepas itu membuat laporan polis pada 10 Januari lalu dan lelaki berkenaan berjaya diberkas oleh pihak berkuasa pada Rabu lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain