suria

Terlalu tua untuk ‘layan’ drama media sosial, Selena Gomez undur diri selepas disindir Hailey Bieber dan Kylie Jenner

Selena mahu rehat daripada media sosial.

PENYANYI Selena Gomez mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan media sosial.

Bintang pop itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.

"Saya akan mengundur diri daripada media sosial kerana hal-hal yang agak bodoh ini. Saya sudah berusia 30 tahun dan terlalu tua untuk melayan perkara ini.

selena1 - 1

Selena akui sudah terlalu tua untuk bermain TikTok.

"Namun, saya tetap menyayangi kamu semua (peminat) dan kita akan berjumpa semula tidak lama lagi," katanya.

Keputusan Selena mahu meninggalkan media sosial menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Ada yang mendakwa kononnya perselisihan faham antara Selena dengan Kylie Jenner dan Hailey Bieber menjadi salah satu punca.

Dalam pada itu, Selena turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai sahabat dan peminat terbaik yang memberikan kebahagiaan selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil mesra dalam foto, Justin Bieber larang isteri berbaik dengan Selena Gomez

ARTIKEL BERKAITAN: Hati sedang berbunga... Selena Gomez tayang kemesraan dengan anggota The Chainsmokers

"Saya bersyukur kerana mempunyai kawan dan peminat terbaik di seluruh dunia. Saya suka dengan cara saya sendiri, dan tidak akan mempedulikan orang lain," ujarnya.

Sebelum ini, Selena memuat naik video mengatakan dia secara tidak sengaja telah melapiskan keningnya terlalu banyak.

Tidak lama kemudian, Kylie tiba-tiba memuat naik Instastory dengan kapsyen 'Ini tidak sengaja?'.

Kylie meletakkan tulisan kapsyen itu pada bahagian kening dilihat seakan-akan menyindir kenyataan Selena.

Bukan itu sahaja, Kylie dan Hailey juga pernah berkongsi foto FaceTime dengan memfokuskan pada bahagian kening mereka.

selena2 - 1

Selena erupakan bekas kekasih kepada penyanyi Justin Bieber.

Peminat mendakwa kedua-dua personaliti itu menyindir Selena yang juga merupakan bekas kekasih kepada penyanyi Justin Bieber yang kini menjadi suami Hailey.

Sebelum ini, hubungan Hailey dan Selena didakwa dingin gara-gara model itu dikatakan merampas Justin daripada penyanyi berkenaan.

Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan itu sering menjadi sasaran netizen dan menunjukkan rasa kasihan terhadap Selena.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain