NAMA pelakon Yoo Yeon Seok dilaporkan bersikap biadap terhadap pengawal keselamatan yang berkerja di pangsapuri kediamannya. Memetik Soompi, perkara itu dilaporkan oleh anak pengawal keselamatan berkenaan selepas bapanya menerima layanan buruk sehingga terpaksa berhenti kerja gara-gara tidak tahan dengan sikap aktor tersebut. Bagaimanapun, pihak King Kong Entertainment menyangkal dakwaan tersebut malah beranggapan perkara itu adalah tuduhan tidak berasas dan bakal mengambil tindakan undang-undang. Yoo Yeon Seok dituduh melayan pengawal keselamatan dengan kasar. "Selepas menyiasat lebih lanjut mengenai perkara ini dengan Yoo Yeon Seok, kami mengesahkan bahawa tuduhan itu tidak berasas. Kami bercadang untuk memfailkan saman kerana menyebarkan fitnah dan berita palsu. "Kami telah mengupah peguam dan bersedia mengambil tindakan undang-undang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid harap dapat jalani Ramadan dengan tenang dan penuh keberkatan ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sambut ulang tahun ke-40, jejaka dikaitkan sebagai teman lelaki turut hadir Pihak agensi Yoo Yeon Seok juga meminta agar pihak berkenaan membuat permohonan maaf terbuka untuk membersihkan nama aktor berusia 38 tahun itu. Susulan itu, individu yang dipercayai menyebarkan khabar angin tersebut tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka. Malah dia mengaku cemburu dengan Yoo Yeon Seok yang semakin terkenal sejak kebelakangan ini sekali gus tidak menyangka perkara itu akan menjadi serius. Peminat mengaku cemburu dengan Yoo Yeon Seok. "Saya minta maaf kepada Yoo Yeon Seok, saya tak sangka perkara akan menjadi serius seperti ini. Saya akui saya cemburu dengan dirinya. "Saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi saya fikir dia mesti seorang pelakon dengan personaliti yang baik dan penuh pertimbangan," ujarnya. Walau bagaimanapun, pihak agensi bertegas untuk mengambil tindakan dan ketika ini kes berkenaan sedang dalam siasatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!