suria

Cerai dan hilang hak penjagaan 3 anak, Virgoun ingkar surat perjanjian tak ulang perbuatan selingkuh

Virgoun pernah menandatangani surat perjanjian mengaku curang dan akibat jika mengulangi perbuatannya itu.

DUNIA hiburan Indonesia dikejutkan dengan kecurangan Virgoun yang dibongkar oleh isterinya Inara Rusli di Instagram miliknya.

Inara atau Ina Idol Rusli mendakwa Virgoun curang dengan seorang wanita dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Virgoun juga sempat menandatangani surat perjanjian yang mengakui semua perbuatan curangnya dan tidak akan lagi berhubungan dengan Austina selagi mereka masih bergelar suami isteri.

"Dengan surat ini, saya mengaku bahawa saya Virgoun Teguh Putra, mengakui bahawa selama saya masih berkahwin dengan Ina Idol Rusli, adalah benar bahawa saya telah melakukan hubungan tidak bermoral seperti suami isteri yang dilarang oleh agama dan kerajaan dengan Austina Tenri Ajeng Anisa," antara is kandungan surat perjanjian berkenaan.

Anak Virgoun

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Dalam pada itu, menerusi surat perjanjian itu, Virgoun juga akan bertanggungjawab untuk diadili mengikut hukum agama Islam sekiranya dia melanggar isi kandungan surat berkenaan.

Malah penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu akan menjatuhkan talak terhadap isterinya selain memberi nafkah sebanyak IRP40 juta (RM11,000) dan memberikan hak penjagaan tiga anak mereka kepada isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bongkar Virgoun bayar wanita buat seks, minta puaskan nafsu ketika berpuasa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sedar haram dalam Islam, Elly Sugigi mengaku pakai susuk sebab nak popular dan pikat lelaki muda

"Mulai 27 September 2021, jika pada masa akan datang terbukti saya mengulangi perbuatan maksiat yang merosakkan maruah isteri dan keluarga, saya bersedia untuk diadili mengikut undang-undang syariah dan undang-undang Indonesia mengikut fasal 284 berkaitan zina dan menceraikan isteri saya.

"Saya akan memberi nafkah sebanyak IRP40 juta sebulan dan hak penjagaan tiga anak kami kepada isteri," tulis isi kandungan surat tersebut yang ditandatangani Virgoun.

Sebelum ini, Inara mendedahkan Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

kpppamzxobfcdzbnkltd

Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta dia melakukan hubungan intim di siang hari ketika bulan Ramadan.

Tidak hanya itu, dia juga mendakwa dipaksa suaminya untuk mengambil ubat kurus selain diminta membuka purdah yang dipakai.

"Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa... ke mana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami," ujarnya.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain