PERSONALITI media sosial, Kylie Jenner menyesal menyuntik bibirnya agar lebih menawan malah berharap tidak pernah melakukan apa-apa perubahan pada wajahnya. Menurut Kylie, dia tidak yakin dengan struktur bibir yang dimilikinya dan kerana itu membuat keputusan untuk melakukan rawatan berkenaan. Bagaimanapun kini bintang realiti itu berkongsi rasa kesal mengenai prosedur yang dilakukannya dan berharap agar anak perempuannya iaitu Stormi Webster tidak melakukan perkara sama. Kylie tidak mahu anak perempuannya melakukan perkara yang sama. "Saya tidak mahu anak perempuan saya melakukan perkara yang saya lakukan. Saya harap saya tidak pernah menyentuh apa-apa semata-mata mahu melakukan perubahan ini," katanya. Memetik laporan Mirror UK, Kylie menafikan dakwaan dia menjalani banyak pembedahan plastik bagi mengubah wajah sebaliknya hanya pernah sekali melakukan prosedur tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Patah hati dengan Travis Scott, Kylie Jenner dikatakan hangat bercinta dengan Timothee Chalamet ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dan Travis Scott berpisah lagi, sumber beritahu mungkin akan kembali berbaik "Ramai yang salah anggap tentang saya dan mengatakan saya banyak melakukan pembedahan di wajah tetapi sebenarnya tidak. "Sebelum ini, saya rasa tidak yakin dengan bibir saya, jadi saya buat suntikan dan ketika itu saya merasakan ia adalah perkara terbaik pernah saya lakukan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!