AHLI kumpulan Astro, Cha Eun Woo mencuri perhatian peminat apabila membuat penampilan umum pertama sejak kematian rakan sekumpulannya, Moonbin pada 19 April lalu. Eun Woo muncul di acara Konnec Thai iaitu merupakan sebuah majlis hubungan strategik antara Korea Selatan dan Thailand yang dianjurkan di Bangkok, Thailand pada 29 April lalu. Memetik laporan Allkpop, peminat meluahkan rasa sedih apabila melihat kemunculan penyanyi itu selepas sembilan hari pemergiaan Moonbin. Eun Woo dilihat seperti masih bersedih. Rata-rata peminat bersimpati melihat Eun Woo kerana dikatakan masih jelas terpancar kesedihan pada wajahnya. "Kesakitan dan kepedihan hati masih terpancar di matanya. Saya bangga dengan awak walaupun dalam keadaan sedih, masih mampu muncul di acara karpet merah. ARTIKEL BERKAITAN: Moonbin Astro ditemukan tidak bernyawa, polis siasat punca kematian ARTIKEL BERKAITAN: Industri K-Pop berkabung, ramai artis tangguh aktiviti seni demi hormati pemergian Moonbin Astro "Dia kelihatan seperti sedang cuba untuk bertenang dan nampak seperti kosong. Saya harap dia dapat mencari jalan untuk menyembuhkan kesedihannya," komen netizen. Pada 19 April, industri K-pop dikejutkan dengan pemergian Moonbin yang ditemukan mati di kediamannya di daerah Gangnam sekitar pukul 8.10 malam. Kematian Moonbin mula diketahui oleh pengurusnya yang datang ke sana dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Menerusi laporan siasatan awal yang dikeluarkan, punca kematian adalah akibat dari bunuh diri namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!