suria

“Saya bukan pelacur!”... Nikita Mirzani jawab isu minta bayaran daripada suami selepas hubungan intim

SELEBRITI Indonesia Nikita Mirzani tampil menjawab dakwaan dirinya meminta bayaran selepas melakukan hubungan intim bersama suaminya iaitu Antonio Dedola.

Nikita berkata hubungan yang dilakukan itu atas dasar cinta namun dia bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Antonio mengungkit segala pemberiannya.

"Tidak, saya bukan pelacur! Saya cinta sama dia, dia pun cinta sama saya" katanya kepada Detikhot.

images

Nikita bengang Antonio mengungkit.

Jelas Nikita, Antonio sengaja mengungkit tentang wang dan barang yang pernah diberikan kepadanya dahulu.

Disebabkan itu, dia mula menyentuh hal yang sama daripada Antonio termasuk hubungan kelamin.

Ini kerana dia yakin suaminya itu tidak dapat memberikan apa yang dia inginkan.

"Saya cuma bertanya kembali, kalau macam itu dia perlu membayar saya juga. Membayar segala kepuasan yang telah saya berikan kepada dia.

"Dia bercakap menggunakan emosi jadi saya juga. Makanya jadi lelaki jangan seperti itu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani cerai kali keempat, bekas suami bawa lari barang kemas dan beg Gucci kesayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Berzina tapi solat Subuh tak tinggal - Nikita Mirzani

Sebelum ini, Antonio mendedahkan bahawa Nikita meminta bayaran selepas mereka melakukan hubungan intim.

Pendedahan tersebut dibuat selepas Nikita merayu agar Antonio memulangkan semula barang perhiasannya miliknya.

"Awak perlu pulangkan wang saya, awak juga perlu membayar saya selepas bercinta dengan saya. Okay? Setuju?

"Mungkin lebih daripada Rp 3bilion (RM909,347)? Awak ada sebanyak itu?," ungkit Nikita.

344338638_3591314731096657_7691830933755157699_n

Nikita dan Antonio berkahwin pada 22 Januari lalu.

Pada April lalu, Nikita mendedahkan bahawa dia sudah bernikah dengan teman lelakinya warganegara Jerman iaitu Antonio Dedola pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun kata Nikita, pernikahan yang berjalan secara rahsia itu tidak bertahan lama dan memberitahu sudah bercerai dengan Antonio.

Malah Nikita juga menuduh Antonio membawa lari barang perhiasan miliknya selain sebuah beg tangan jenama mewah mikiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain