suria

Duta Sheila On 7 pernah kena buli di AS, terkenang diasuh jiran asal Malaysia

Duta kongsi kisah menetap di Amerika Syarikat.

KEJADIAN buli dalam kalangan kanak-kanak bukan perkara baru berlaku dalam masyarakat malah setiap hari ada sahaja berita mengenainya dilaporkan sehingga ada di antara mangsa mengalami trauma berpanjangan.

Itu juga yang terjadi kepada vokalis kumpulan Sheila On 7 iaitu Duta yang mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli ketika usianya empat tahun ketika menetap di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Jelas Duta atau Akhdiyat Duta Modjo, 43, meskipun dia terlalu kecil untuk mengingati pelbagai perkara yang berlaku ketika kecil namun kejadian dia dibuli tersemat di dalam mindanya sehingga ke hari ini.

"Tidak banyak memori yang saya ingat ketika kecil tetapi yang pasti insiden saya dibuli segar dalam ingatan. Entah mengapa pengalaman itu tidak pernah pudar dalam ingatan," katanya.

dutaa - 1

Duta pernah dibuli sewaktu kanak-kanak.

Tidak mahu memperincikan pengalaman buruk itu, Duta bagaimanapun memberitahu dia juga sentiasa mengingati memori diletakkan dibawah jagaan jirannya yang juga warganegara Malaysia apabila ibu bapanya sibuk.

Selain pasangan dari Malaysia itu, duta berkata, dia juga beruntung masih berpeluang bertemu dengan dua sahabat baik bapanya yang banyak berkongsi kisah suka duka bersama mereka ketika berada di Amerika."

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan Sheila On 7 bikin kecoh, penganjur kena kecam punca jalan sesak

ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun bersama, pemain dram Brian tinggalkan Sheila On 7

Jiran saya adalah orang Malaysia dan saya sering dijaga mereka jika ibu bapa sibuk... namun selepas pulang ke Indonesia hubungan kami terputus.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan dua sahabat bapa saya yang berasal dari Lampung, Indonesia ketika mengadakan persembahan di sana," jelasnya.

Untuk rekod, Duta lahir pada 30 April 1980 di Lexington iaitu salah satu bandar di Kentucky, Amerika Syarikat.

Penyanyi itu menetap di sana sehingga berusia empat tahun kerana mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di negara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain