suria

Bintang ‘The Crown Princess’ Nadech Kugimiya lamar kekasih selepas 11 tahun bercinta

Yaya tidak teragak-agak untuk terima lamaran Nadech.

SELEPAS 11 tahun menyulam cinta, aktor Thailand Nadech Kugimiya akhirnya melamar teman wanitanya yang juga pelakon Urassaya Sperbun atau lebih dikenali dengan panggilan Yaya.

Nadech membuat kejutan dengan melamar Yaya ketika berkunjung ke sebuah pantai di Itali.

Aktor itu menganggap dia sebagai lelaki bertuah selain memberitahu Yaya adalah segala-galanya buat dia.

Snapinsta.app_352196075_789361192557678_5257902602709602898_n_1080

Nadech anggap dirinya sebagai lelaki paling bertuah.

"Saya lelaki paling gembira dan bertuah mempunyai wanita ini dalam hidup saya. Perjalanan baru bermula dan saya sangat teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat betul ‘move on’! Taylor Swift dah jumpa pengganti selepas putus Matty Healy, katanya penyanyi India

ARTIKEL BERKAITAN: Dah naik pesawat, Baim Wong dan keluarga tak jadi tunai ibadah haji

"Awak adalah jiwa, ketawa, air mata dan udara saya. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya," katanya.

Untuk rekod, pasangan ini sering bergandingan dalam drama sejak 2010 seperti Duang Jai Akkanee, Game Rai Game Ruk, Torranee Nee Krai Krong, dan The Crown Princess.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain