suria

Lucinta Luna muntah darah siap keluar paku, kawan-kawan syak kena sihir... “Hamil anak manusia atau jin?”

Lucinta alami alahan teruk sehingga muntah darah.

PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna mendakwa muntah darah sehingga mengeluarkan paku.

Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, berkata, dia merintih kesakitan sebaik sahaja bangun dari tidur sambil memegang perut sebelum meminta pertolongan rakan-rakannya.

"Ya Tuhan, apa yang terjadi pagi ini, sesakit inikah saya mengalami morning sickness di usia kehamilan enam minggu.

"Saya rasa seperti ada yang aneh dengan kehamilan kali ini," katanya.

lunaa2 - 1

Lucinta mendakwa dirinya sedang hamil enam minggu.

Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Lucinta turut meminta rakan untuk menghubungi tunangnya iaitu Alan untuk segera pulang kerana keadaan dirinya yang tidak begitu baik.

Bagaimanapun, menurut dua rakannya itu, Alan tidak boleh pulang kerana sedang menjalani latihan ketenteraan di Ukraine.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dakwa sedang hamil, tunang Lucinta Luna pulang Ukraine masuk tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang Lucinta Luna 'naik angin' pengacara berani soal tentang jantina... "Saya lebih percaya bakal isteri saya"

"Tolong telefon papa Alan Boltian agar segera pulang kalau isterinya sekarang mengalami morning sickness yang luar biasa," ujarnya.

Bagaimanapun, keadaan Lucinta semakin memburuk apabila personaliti itu batuk berdarah dan turut terlihat beberapa batang paku keluar daripada muntahnya.

Rakan-rakannya itu terkejut dan bertanya sama ada Lucinta telah pun disihir.

"Ya Tuhan, Astagfirullahalazim kakak (Lucinta)... ada paku. Kamu disihir ke?

lunaa1 - 1

Lucinta dan Alan bertunang Julai lalu.

"Ini bayi manusia atau bayi jin... telefon ambulan," kata rakannya.

Sebelum ini, Lucinta memaklumkan dia terpaksa berpisah dengan Alan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Ukraine.

Lucinta yang mendakwa sedang hamil anak Alan memberitahu akan setia menanti kepulangan lelaki itu ke Indonesia bagi membesarkan anak mereka bersama-sama.

Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain