suria

Bukan lemas tapi bunuh... Kekasih Tamara Tysmara ditahan, benam muka anak dalam kolam renang 12 kali

Tamara kehilangan anak tunggalnya pada akhir Januari lalu.

TEMAN lelaki kepada pelakon Tamara Tysmara didakwa menjadi dalang kes kematian anaknya pada 27 Januari lalu.

Ketua Polis Metro Jaya, Wira Satya Triputri dalam satu kenyataan memberitahu kanak-kanak malang tersebut iaitu Dante bukan meninggal dunia disebabkan lemas sebaliknya mukanya dibenam dalam kolam renang oleh suspek.

Wira memberitahu menerusi rakaman kameera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan Dante yang sedang duduk di tepi kolan renang ditarik oleh suspek iaitu Yudha Arfandi sebelum kepalanya dibenamkan dalam air sebanyak 12 kali.

Dante meninggal dunia akibat lemas di kolam renang.

Tamara sedih kehilangan anak tersayang.

"Hasil analisis rakaman CCTV sepanjang dua jam satu minit, pada minit ke-30 dapat dilihat kanak-kanak itu sedang berehat di tepi kolam renang sebelum kepalanya dibenamkan di dalam air.

"Kali ke-12 kepalanya dibenamkan oleh suspek adalah selama 54 saat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur anak Tamara digali semula, kematian disyaki ada unsur jenayah... Polis panggil kekasih jadi saksi

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kenal terus tunang, Ayu Ting Ting dedah sebab pilih tentera jadi calon suami

Susulan bukti berkenaan, Yudha ditahan dan akan didakwa sebagai pembunuh anak pelakon popular Indonesia berkenaan.

Pada 27 Januari lalu, Dante atau Andante Pramuditya dilaporkan meninggal dunia selepas lemas di sebuah kolam renang awam.

Bagaimanapun, pada 6 Februari lalu, kubur Dante terpaksa digali semula selepas pihak polis mendapati terdapat unsur jenayah yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak tersebut.

Dante merupakan anak tunggal Tamara hasil perkahwinannya bersama pemuzik Angger Dimas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain