suria

3 tahun pejam mata suami curang, isteri pelakon sinetron akhirnya tuntut cerai

Della mahu berpisah selepas dakwa suami ada hubungan sulit dari awal perkahwinan.

ANAK pelakon sinetron Ferdy Element iaitu Renaga Tahier dituntut menceraikan isterinya yang sudah tidak tahan dengan sikap curang lelaki berkenaan.

Isteri Renaga dikenali sebagai Della membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah Bogor pada 12 Februari lalu namun suaminya itu gagal menghadirkan diri.

Dalam tuntutan cerai dibuat, Della menuntut tiga perkara utama daripada Renaga termasuk penceraian, hak penjagaan anak dan nafkah anak.

size NP 1 (19)

Della ketika ditemui media selepas selesai prosiding hari pertama.

Della juga berharap hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Keisya Alisia Tahier, 3 tahun akan jatuh ke tangannya.

Sementara itu, Della turut meminta nafkah anak berjumlah Rp20 juta (RM6,000) sebulan daripada Renaga jika mereka bercerai.

Peguam Della iaitu Kemas Mohammad memberitahu jumlah itu adalah berpatutan dan yakin Renaga dapat membayarnya setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video curang tersebar di TikTok, suami pelakon Nurul Aini mohon maaf... Main kayu tiga sebab tersilap langkah

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bongkar Kang Kyun Jun ada hubungan sulit dengan isterinya, minta ganti rugi RM178,000

Sebelum ini, Della mendakwa Renaga sudah beberapa kali bersikap curang sepanjang tiga tahun mereka berkahwin.

Meskipun sudah banyak kali diberi peluang tetapi bintang Sinetron Para Pencari Tuhan itu enggan bertaubat malah menjalinkan pula hubungan sulit dengan tiga wanita berbeza sejak enam bulan lalu.

"Sejak awal kami berkahwin sudah ada orang ketiga tetapi saya bersabar sebab kami sudah mempunyai anak.

size NP 1 (21)

Renaga merupakan anak kepada pelakon Ferdy Element.

"Tahun lalu dia merayu kata mahu berubah. Saya bagi peluang tapi saya rasa dia tidak akan berubah," ujarnya.

Malah dedahnya, dia pernah membaca mesej dihantar Renaga kepada kekasihnya dan menyimpan pesanan itu sebagai bukti.

Perbicaraan kes penceraian pasangan berkenaan disambung pada 19 Februari ini dan Della berharap suaminya hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain