suria

Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

IU dan Jong Suk sudah menjalinkan hubungan cinta selama lebih setahun.

AKTOR popular Korea Selatan Lee Jong Suk mencuri perhatian apabila dilihat menghadiri konsert teman wanitanya iaitu penyanyi IU yang berlangsung di SKPO Dome, Seoul baru-baru ini.

Jong Suk, 34, dilihat hadir bersama rakan baiknya yang juga aktor Shin Jae Ha duduk di bahagian tempat duduk biasa sepanjang konsert yang berlangsung selama empat jam itu.

Kehadiran aktor itu menjadi bualan ramai kerana sebelum ini dia dan IU cuba mengelak daripada bercakap tentang hubungan mereka selain tidak pernah dilihat keluar bersama.

Jong Suk

Jong Suk ditemani Jae Ha berada di kerusi penonton.

Susulan itu, peminat meluahkan rasa teruja melihat perkembangan hubungan cinta mereka selain memuji keberanian Jong Suk yang muncul secara terbuka.

Ini juga bukan kali pertama Jong Suk menunjukkan sokongan terhadap IU, 31, malah pernah meluahkan perasaan terhadap teman wanitanya itu hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU

ARTIKEL BERKAITAN: IU terima ancaman bunuh, pihak pengurusan tambah ‘bodyguard’ kawal keselamatan

"IU membuatkan saya ingin menjadi seorang lelaki yang lebih baik," katanya.

Pasangan itu dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain