suria

Jay Park masuk larian maraton, siap tolong petugas kutip sampah

Aksi larian Jay Park mendapat perhatian netizen.

PENYANYI rap Jay Park menarik perhatian netizen apabila menyertai acara larian 2024 Seoul Marathon pada 17 Mac lalu.

Memetik laporan Allkpop, kehadiran Jay Park ke acara larian tersebut tidak diketahui umum termasuk penganjur walaupun memegang status sebagai seorang selebriti terkenal.

"Jika anda menyertai larian marathon, anda sepatutnya memberitahu kami," tulis penganjur di ruang komen media sosial.

jay - 1

Jay Park disifatkan rendah diri kerana menyertai acara awam.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut dilihat cuba bergaul dengan peserta lain dalam acara tersebut.

Jay Park berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer dalam catatan masa yang sangat baik iaitu 47 minit 49 saat.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Jay Park gantung coli dekat leher kembali tular, netizen salahkan peminat gatal cari perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Jay Park akhirnya mohon maaf guna kalimah Allah, tak tahu ia sensitif - "Saya akan lebih berhati-hati, love and peace!"

Malah selepas acara selesai, Jay Park turut dilihat membersihkan kawasan larian dengan membantu kru terbabit mengemas khemah.

Tindakan penyanyi lagu Me Like Yuh ini mendapat pujian netizen yang rata-ratanya menyifatkan dia seorang merendah diri.

"Jay Park sangat merendah diri, mesti dia seorang yang bertenaga.

"Kenapa dia nampak sama seperti 10 tahun lalu, tak nampak tua," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain