SUAMI kepada Stevie Agnecya masih terkejut dan meluahkan rasa rindu terhadap selebriti Indonesia yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Anggi Pratama memberitahu arwah seorang isteri dan ibu yang sempurna dan baik kepada dia serta anak-anak mereka. "Sebagai seorang isteri awak telah menjalankan tugas dengan baik dan sebagai ibu anda sempurna. Tiada kurang di mata saya. "Terima kasih untuk segala-galanya. Saya tidak pernah minta lebih daripada ini. "Jika 'pergi' adalah jalan terbaik supaya kamu tidak menderita, insya-Allah saya ikhlas," katanya. Punca kematian Stevie masih belum diketahui sehingga kini. Perkara itu dikongsi Anggi di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Anggi memberitahu dia sempat berjanji kepada Stevie akan menjaga anak-anak mereka dengan baik selepas ini. "Kita jumpa lagi di Jannah sayang. Janji kita akan berkumpul semula dengan anak-anak. "Fokus saya sekarang adalah untuk membesarkan anak-anak, awak tenang, okay? Saya sayangkan awak," katanya. Sementara itu, kakak ipar Stevie iaitu Amanda Saraswati mendedahkan Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan wajahnya tersenyum. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri pelakon menderita sakit misteri meninggal dunia... Video lama kena sihir kembali jadi bualan ARTIKEL BERKAITAN: Adik perempuan Melly Goeslaw meninggal dunia Kaum keluarga yang memandikan jenazah turut memuji kecantikan Stevie meskipun sudah tidak lagi bernyawa. Susulan kematiannya, ramai mula membuat spekulasi mengatakan arwah terkena perbuatan sihir sehingga meragut nyawanya. Untuk rekod, Stevie pernah berkahwin dengan pelakon Samuel Rizal pada 2012 namun bercerai 2016. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Drucilia Kalea Arifin, 12 tahun. Stevie kemudiannya bernikah dengan Anggi dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raffasya Zayn dan Jorgi Zevino Pratama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!