ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jungkook membuat kejutan apabila membuka akaun Instagram untuk anjing peliharaannya pada Ahad. Akaun Instagram dengan nama @bowwow_bam itu dikelolakan sendiri oleh Jungkook menggunakan username Bam's dad atau ayah Bam. Menerusi bio di akaun tersebut, Jungkook menulis 'have a good BAM' yang mana dalam bahasa Korea bam bermaksud malam. Instagram Bam dikelolakan sendiri oleh Jungkook. Penyanyi lagu Seven itu turut menggunakan fotonya bersama Bam (anjing) sebagai foto profil. Hanya dalam beberapa jam, akaun tersebut sudah memuat naik sebanyak tujuh hantaran termasuk foto dan video Bam. ARTIKEL BERKAITAN: Cekap di dapur, Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS kecewa peminat bersidai depan rumah, enggan tunjuk potongan rambut sebelum masuk kem tentera Dalam pada itu, akaun Bam juga mencapai sebanyak 1.7 juta pengikut walaupun belum 24 jam dilancarkan. Sehingga artikel ini ditulis, Bam sudah menerima hampir 3 juta pengikut. Untuk info, Bam merupakan anjing jenis Doberman dan dipercayai usianya masih kecil meskipun fizikal kelihatan besar. Ketika berbicara dengan Bam, Jungkook menggelarkan dirinya sebagai 'appa' yang bermaksud ayah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!