PERSONALITI media sosial Lucinta Luna sekali lagi melakukan pembedahan pita suara kerana mahu memiliki suara seperti seorang perempuan. Kata Lucinta, dia memilih melakukan pembedahan kali kedua itu di Thailand selepas yakin dengan kemahiran doktor di negara itu. Jelasnya, pembedahan sebelum ini di Korea Selatan tidak berjaya malah suaranya masih sama seperti lelaki. Lucinta Luna mohon doa dari peminatnya. "Saya harap pembedahan pita suara saya kali kedua ini berjaya," katanya. Lucinta juga meluahkan hasrat ingin memiliki suara seperti Agnez Monica. Malah dia juga bercadang ingin mengeluarkan lagu sekiranya pembedahan kali ini berjaya. ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dedah ‘tidur’ dengan 28 pelakon terkenal Indonesia, menyesal buat pembedahan buang zakar ARTIKEL BERKAITAN: ‘Siksa Neraka’ buat Lucinta Luna insaf... Bakar koleksi bikini, mahu derma rambut palsu buat pesakit kanser "Saya ada minta dengan doktor bedah saya untuk dapatkan suara seperti Agenz Monica. "Kalau berjaya nanti saya akan keluarkan single terbaharu," katanya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pembedahan tersebut berjaya mahupun tidak namun Lucinta dilihat sedang berseronok bercuti di Thailand. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!