SETELAH menerima pelbagai ancaman dan ugutan di media sosial, penyanyi Jang Won Young memasang beberapa pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan dirinya. Won Young, 20, membuat keputusan itu kerana bimbang menjadi sasaran pihak tertentu apatah lagi dia sering berada di tempat awam. Syarikat pengurusannya iaitu Starship Entertainment memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan terhadap artis mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga. Won Young kini dipantau sepenuhnya oleh pengawal keselamatan Malah pihaknya melantik pengawal peribadi terlatih dan profesional bagi melindungi Won Young selain memastikan tempat tinggal dan kawasan dikunjunginya selamat daripada ancaman. Dalam pada itu, Starship Entertainment memberitahu mereka juga sudah membuat laporan polis berhubung ancaman diterima Won Young di media sosial sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN : Wonyoung IVE terlalu kurus, peminat bimbang alami gangguan pemakanan ARTIKEL BERKAITAN : Tubuh kurus kering kembali normal, peminat lega Wonyoung IVE ikut nasihat tambah berat badan Malah pihak syarikat sedang melakukan siasatan menyeluruh dan dalam proses mengesan individu yang mengugut dan mengancam artis mereka. "Kami akan buat pemantauan sepenuhnya terhadap segala ancaman dibuat kepada artis kami dan akan memastikan mereka mendapat hukuman sewajarnya. "Sebagai langkah awal kami sudah mengesan beberapa individu dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!