suria

Tutup perut buncit guna tangan, netizen dakwa Selena Gomez sedang hamil

Peminat tumpang gembira berita kehamilan Selena.

NAMA penyanyi Selena Gomez menjadi bualan ramai gara-gara perutnya dilihat kelihatan sedikit buncit semasa muncul di acara karpet merah Festival Filem Cannes pada 20 Mei lalu.

Memetik laporan The News, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil kerana penampilannya nampak sedikit berbeza.

Lebih menguatkan khabar angin apabila Selena kelihatan seperti tidak selesa malah menggunakan tangan untuk menutup perut buncitnya.

selena 4

Perut buncit Selena jadi perhatian netizen.

Rata-rata peminatnya teruja dengan khabar tersebut memandangkan ini kehamilan pertama Selena bersama teman lelaki penyanyi Benny Blanco.

Bagaimanapun ada yang mendakwa bentuk perut penyanyi berkenaan sememangnya sedikit buncit.

"Dia nampak macam sedang mengandung tapi sengaja tutup perut dia guna tangan.

"Perut dia memang buncit sikit sejak dulu," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez dijangkiti kutu daripada teman lelaki, anggap perkara romantik

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak suka kekasih Selena Gomez, keluarga pula anggap Benny Blanco lelaki budiman

Namun ada yang mendakwa ia sekadar spekulasi peminat memandangkan Justin Bieber dan isterinya, Hailey mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata selepas enam tahun berkahwin.

Untuk rekod, Selena dan Benny sudah menjalinkan hubungan sejak Disember 2023.

Malah Benny sebelum ini juga pernah meluahkan hasrat ingin mendapatkan anak yang ramai.

"Saya mahu mempunyai anak itu matlamat saya ketika ini... saya mahu miliki ramai anak kalau boleh," katanya menerusi satu temu bual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain