suria

Bimbang bekas suami kembali ketagih alkohol, Jennifer Garner jadi orang tengah selamatkan perkahwinan Ben Affleck dan JLo

Jennifer menjadi orang tengah dalam krisis rumah tangga Ben dan JLo.

PELAKON Jennifer Garner dikhabarkan memberi sokongan moral kepada bekas suaminya, aktor Ben Affleck susulan berdepan krisis rumah tangga.

Daily Mail melaporkan Jennifer, 52, kerap mengunjungi rumah sewa Ben di Brentwood, Los Angeles sejak lelaki itu keluar dari kediamannya sejak beberapa minggu lalu.

Pelakon itu dikatakan cuba menghalang bekas suaminya daripada kembali kepada masalah ketagihan alkohol yang dihadapi sebelum ini.

Copy of Untitled - 2024-05-26T160458.121

Jennifer tidak mahu Ben terjebak dengan masalah ketagihan alkohol semula.

Bukan itu sahaja, Jennifer turut menjadi orang tengah cuba menyelamatkan rumah tangga Ben bersama Jeniffer Lopez atau JLo.

Menurut sumber, JLo sering bercerita masalah rumah tangganya memandangkan Jennifer pernah melalui perkara sama.

"JLo berkongsi masalah dengan Jennifer kerana dia tahu bahawa Jen memahami apa yang dia lalui.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Garner, Ben Affleck makan ais krim rai perceraian

"Walaupun keadaan agak berbeza, tetapi mereka menghadapi masalah dengan lelaki yang sama," katanya.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kemudian, pasangan ini sah bercerai pada 2018 setelah lebih sedekad bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain