TINDAKAN anggota kumpulan BTS iaitu RM berkongsi kejayaan album terbaharunya meraih kedudukan ketujuh dalam carta Genius di Instagram mengundang kecaman peminat. RM dituduh tidak sensitif ketika rakan baiknya iaitu Suga ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk pada malam Selasa lalu. Apa membuatkan peminat lebih kecewa, RM memuat naik berita kejayaan itu hanya selepas beberapa jam Suga ditahan pihak berkuasa. RM memuat naik carta muzik beberapa jam selepas isu Suga tersebar. Suga dituduh tidak sensitif dengan insiden menimpa Suga dan bersikap mementingkan diri sendiri ketika rakan baiknya ditimpa musibah. Sedar kesilapan yang dilakukan, RM terus memadam hantaran tersebut selang beberapa minit ia dimuat naik di media sosial miliknya. "Walaupun sedang menjalani latihan ketenteraan, ada pula dia masa untuk periksa carta muzik tapi tak boleh baca isu membabitkan kawan sendiri? "Dalam banyak-banyak waktu, kenapa dia pilih muat naik poster tersebut ketika Suga sedang dilanda masalah?," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Ditemui terbaring di tepi jalan, Suga BTS ditahan pandu skuter eletrik dalam keadaan mabuk ARTIKEL BERKAITAN: Lesen memandu dibatalkan, Suga mohon maaf tunggang skuter ketika mabuk Bagaimanapun ada juga tampil mempertahankan RM dengan mendakwa hantaran yang dimuat naik dibuat oleh pihak pengurusannya. Ini kerana adalah mustahil RM dapat menggunakan telefon ketika berada di kem tentera. Pada malam Selasa lalu, Suga menjadi bualan hangat ramai suslan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk. Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis dan dikenakan denda serta lesen memandunya turut dibatalkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!