suria

Terbayang senyuman menakutkan... Seorang lagi lelaki tampil buat laporan terhadap P. Diddy

Mengsa mendakwa dia diperlakukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

MOGUL rap P. Diddy berdepan satu lagi pertuduhan baharu melibatkan jenayah seksual terhadap seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di Miami pada 2022.

Menurut laporan media antarabangsa, mangsa yang dikeneali sebagai John Doe mendakwa dia diberikan minuman bercampur dadah sehingga tidak sedarkan diri.

Lebih parah, insiden tersebut dipercayai disaksikan beberapa individu lain yang juga merupakan tetamu acara parti penerbit muzik itu.

Selepas sedarkan diri, Diddy didakwa bertindak memalukan mangsa dengan melemparkan kata-kata kesat sambil mempamerkan senyuman mengerikan.

Copy of Untitled (41)

Diddy dikatakan mempamerkan senyuman mengerikan kepada mangsa.

"Mangsa dengar Diddy bercakap tentang dia kepada tetamu lain dalam bilik tidur. Dia masih ingat senyuman menakutkan pada wajah Diddy," katanya.

Dalam pada itu, mangsa memaklumkan dadah yang diberikan mengakibatkan dia tidak dapat bergerak bahkan melawan ketika kejadian.

Jelasnya, dia hanya terbaring sehingga pagi sebelum salah seorang pengawal keselamatan Diddy masuk ke bilik tersebut dan menyuruhnya beredar.

Sebelum ini, Diddy berdepan tuduhan yang sama melibatkan seorang wanita dikenali sebagai 'Jane Doe' dalam kejadian yang berlaku di New York pada 2001.

Jane merupakan anatara individu pertama yang melaporkan kejahatan Diddy kepada pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes P. Diddy mungkin dibatalkan jika individu pertama buat laporan enggan muncul diri... Mahkamah tak nampak kesungguhan pengadu

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih ramai mangsa tampilkan diri, P. Diddy bakal berdepan dakwaan lakukan jenayah seks terhadap 50 individu

Selain tuduhan tersebut, Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.

Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan perbuatan keji sehingga ramai menjadi mangsa.

Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu.

Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan yang dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain