DUA tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Dewi Perssik mendedahkan dia kerap diganggu lelaki gatal. Dewi atau Dewi Murya Agung, 38, berkata, sebelum dia pergi mengerjakan ibadah umrah seorang lelaki tidak dikenali datang menunjukkan alat kemaluannya. Katanya, lelaki berkenaan kerap datang ke rumahnya dan membuat kecoh sehingga dia terpaksa menelefon pihak polis. Dewi sering terpaksa mendapatkan khidmat polis kerana diganggu. "Orang itu datang ke pagar rumah saya dan melakukan perbuatan tidak senonoh, memanggil-manggil nama saya. "Saya benar-benar ketakutan ketika itu. Mujur saya ada rakaman kamera litar tertutup dan saya serah kepada pihak polis," katanya memetik Suara.com. Tidak hanya itu, Dewi juga mengakui dia sering menerima surat dari lelaki yang taksub dengan kejelitaannya. ARTIKEL BERKAITAN: Foto dalam bilik itu fitnah, Dewi Perssik tiada hubungan dengan ‘anak ikan’... Anggap diri seperti seorang ibu ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar berita dicekup polis sebab dadah, Dewi Perssik cari pengguna TikTok fitnahnya Cerita Dewi, dia sering menerima surat pelawaan mengajaknya kahwin bukan hanya daripada lelaki bujang dan duda. Disebabkan terlalu kerap berdepan dengan kejadian tersebut, Dewi juga terpaksa meningkatkan keselamatan rumahnya dengan mengupah pengawal keselamatan dan polis. "Setiap hari akan ada surat di rumah saya dari lelaki yang kebanyakkan duda. Mereka ajak kahwin dan saya bingung melihat surat bertimbun-timbun. Dewi belum jumpa teman hidup lagi. "Di rumah saya bukan saja ada pengawal keselamatan tapi ada anggota polis yang turut meronda setiap masa demi keselamatan saya," ujarnya. Untuk rekod, Dewi pernah mendirikan rumah tangga bersama Aldi Taher pada 2008 dan berpisah pada 2009. Selepas itu dia berkahwin pula dengan Angga Wijaya pada 2017 namun bercerai pada 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!