suria

Tertayang punggung di khalayak ramai, Poonam Pandey kantoi tak pakai seluar dalam

Poonam tahan malu apabila menyedari punggungnya kelihatan.

PELAKON Poonam Pandey berdepan kejadian memalukan apabila punggungnya terakam kamera semasa menghadiri majlis hari jadi rakannya yang juga aktres Divya Agarwal.

Menerusi video yang tular di media sosial, Poonam mengenakan gaun pendek bersama blazer hitam untuk menutupi tubuhnya.

Namun ketika bergambar, Divya bertindak mengangkat Poonam dan tanpa sengaja menampakkan punggungnya di hadapan orang ramai.

WhatsApp Image 2024-12-13 at 15.48.10

Divya mengangkat Poonam selepas bergambar bersama.

Lebih memalukan Poonam tidak mengenakan seluar dalam ketika hadir ke majlis tersebut.

Disebabkan kejadian memalukan itu, Poonam segera menutup punggung dengan tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agensi mohon maaf tipu kematian Poonam Pandey, niat mahu tingkatkan kesedaran kanser serviks

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan hari jadi pelakon Tamil bertukar tragedi, tiga peminat maut semasa gantung ‘banner’ ucapan

Malah dia sempat meminta agar tetamu yang hadir memadam video dan foto yang berjaya dirakam.

Bagaimanapun nasib tidak memihak kepadanya apabila video berkenaan tular di media sosial sekali gus mengundang kritikan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain