ANGGOTA kumpulan New Jeans iaitu Hanni dianggap sebagai pendatang tanpa izin di Korea Selatan susulan visanya sudah tamat tempoh.
Visa jenis E-6 Hanni yang berasal dari Vietnam dilaporkan terbatal selepas pihak syarikat pengurusannya iaitu ADOR menamatkan kontrak bersama penyanyi itu pada November lalu.
Menurut undang-undang Jabatan Imigresen negara tersebut, Hanni wajib meninggalkan Korea Selatan dalam tempoh 15 hari selepas kontraknya tamat iaitu pada 13 Disember 2024.
Hanni perlu mohon visa E-6 untuk menetap di Korea Selatan.
Namun, Hanni dilaporkan masih berada di Korea Selatan tanpa visa sah sekali gus menjadikannya penduduk tanpa izin di negara itu.
Sebelum ini, ADOR telah memulakan proses pembaharuan visa Hanni namun usaha tersebut tergendala akibat konflik berterusan di antara kedua-dua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak penuhi kriteria sebagai pekerja, kes buli terhadap New Jeans disifatkan sebagai isu peribadi
ARTIKEL BERKAITAN: Hanni menangis jadi mangsa buli, percaya syarikat pengurusan benci NewJeans
Untuk terus menetap dan menjalankan aktiviti di Korea Selatan, Hanni perlu memohon visa E-6 yang baharu namun proses ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan.
Sepanjang tempoh itu, Hanni tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti hiburan serta menambah tekanan kepada situasi sedang dihadapinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!