suria

Larang ambil minuman keras, netizen puji pengacara Andre Taulany ‘sekolahkan’ anak secara terbuka

Risau anak di bawah pengaruh minuman keras, Andre nasihat Kenzy.

KETEGASAN ditunjukkan pengacara Andre Taulany yang melarang anak lelakinya iaitu Kenzy daripada mengambil minuman keras meraih pujian netizen.

Andre, 51, menjadikan kisah seorang penyanyi terkenal yang telah meninggal dunia akibat pengaruh alkohol dan dadah sebagai pengajaran kepada anaknya.

Memandangkan remaja berusia 17 tahun itu sedang belajar di sekolah antarabangsa, Andre mengetahui anaknya itu mungkin akan menghadiri parti bersama rakan-rakan.

Untitled design (6)

Kenzy kini bersekolah di British School Jakarta.

"Ayah tahu bagaimana kamu melepak dan minum di parti. Minum alkohol tiada faedah.

"Salah satu contoh ialah idola awak, Liam Payn. Dia meninggal dunia akibat pengaruh dadah dan terjatuh dari balkoni. Awak mahu?" katanya.

Dalam pada itu, Andre menegaskan masalah pengaruh alkohol bukan hanya berlaku di sekolah antarabangsa, tetapi turut berlaku di sekolah awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi intai pembantu rumah, pengacara basah kena siram air

ARTIKEL BERKAITAN: Video lama Suga BTS minum arak di atas pentas tersebar, peminat kecewa rupanya memang kaki botol

"Saya pernah bersekolah di sekolah antarabangsa. Masalah sosial itu benar-benar di luar jangkaan.

"Bukan sekolah antarabangsa sahaja, pelajar sekolah pondok juga ramai yang bermasalah akibat tabiat minum alkohol," katanya.

Rata-rata netizen mengagumi usaha Andre yang bertekad untuk menghalang anaknya daripada terjebak dalam tabiat berbahaya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain