suria

Miliki kekayaan hampir RM300 juta, atap rumah Raffi Ahmad bocor

Raffi (kiri) menunjukkan keadaan atap kediamannya yang bocor.

MEMILIKI kekayaan hampir RM300 juta, siapa sangka pelakon Raffi Ahmad gagal membaiki masalah atap kediaman mewahnya yang bocor.

Hal itu terbongkar apabila isterinya iaitu Nagita Slavina membuat panggilan video dan memaklumkan kediaman mereka dimasuki air hujan akibat atap bocor.

Raffi ketika itu sedang menjalani penggambaran sebuah program televisyen dan panggilan video daripada isterinya turut dimuat naik di YouTube SCTV.

"Kenapa macam ini? Lihat rumah kita," katanya.

rafi - 1

Raffi dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah.

Melihat keadaan rumahnya yang sudah dilimpahi air, Raffi hanya mampu terkejut selain menunjukkan riak wajah seperti tidak percaya dengan apa dilihatnya.

"Rumah saya bocor. Biar betul? Cuba lihat bahagian atas macam mana keadaan kebocoronnya?

"Saya sedang shooting, kamu telefon sahaja Revano," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad isytihar harta, miliki kekayaan bernilai RM282 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad terima ijazah doktor kehormat di Thailand, netizen siasat lokasi universiti tidak wujud

Dalam pada itu, Raffi turut dilihat sempat mengirimkan pesanan suara kepada seseorang untuk memaklumkan keadaan rumahnya.

"Rumah saya bocor ni, isteri saya sedang marah-marah. Tolong baiki ya," katanya.

Sebelum ini, Raffi menjadi tumpuan ramai apabila dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah atau RM282 juta.

Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia selepas Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, mengisytiharkan hartanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain