PENYANYI rap Kanye West dan isterinya, Bianca Censori dilaporkan berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan Daily Mail, Bianca, 30, membuat keputusan itu kerana sikap kontroversi Kanye, 48, yang sering dikecam masyarakat.
Salah satu punca utama ialah penampilan mereka di Anugerah Grammy 2025 apabila Bianca memakai pakaian yang dianggap terlalu seksi hingga dikritik ramai.
Bianca sudah tidak tahan dengan sikap Kanye.
Situasi bertambah tegang apabila Kanye mencetuskan kontroversi baharu dengan menjual kemeja-T yang memaparkan simbol swastika.
Oleh itu, Bianca dikatakan tidak lagi mampu bertolak ansur dengan tindakan Kanye yang dianggap provokatif dan bercanggah dengan nilai peribadinya
Walaupun Kanye percaya isterinya akan kembali kepadanya, sumber menyatakan bahawa Bianca sudah nekad untuk meneruskan kehidupannya tanpa penyanyi itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West sedia bercerai dengan isteri, mahu jalani hidup bujang
ARTIKEL BERKAITAN: Bianca Censori makan hati sikap mengongkong suami, punca fail cerai terhadap Kanye West
Dalam persetujuan selepas perpisahan, Bianca akan menerima pampasan sebanyak $ASD5 juta (kira-kira RM23 juta) serta hak untuk menetap di rumah mereka di Los Angeles.
Untuk rekod, Kanye pernah berkahwin dengan Kim Kardashian pada 2014 sebelum berpisah pada 2021.
Kemudiannya Kanye mendirikan rumah tangga dengan Bianca pada Disember 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!