suria

Kalah lagi... Diane Warren kecewa 16 kali gagal genggam trofi Anugerah Oscar

Diane Warren mencatat rekod baharu sebanyak 16 kali kalah sejak dicalonkan.

IMPIAN komposer terkenal Diane Warren membawa pulang trofi Anugerah Oscar apabila dia sekali lagi gagal berbuat demikian.

Pada edisi ke-97 acara berprestij itu, Diane mencatat rekod baharu apabila 16 kali kalah sejak kali pertama dicalonkan pada 1987.

Lagu ciptaannya berjudul The Journey yang menjadi lagu runut bunyi OST filem Netflix iaitu The Six Triple Eight kalah ditangan komposer asal Perancis Clement Ducol dan Camille.

Diane kecewa tak menang di Oscar.

Pasangan komposer duo itu memenangi kategori itu menerusi lagu berjudul El Mal.

Walaupun hasil kerjanya tidak mendapat pengiktirafan Anugerah Oscar,  Diane kekal sebagai komposer paling banyak dicalonkan dalam kategori tersebut mengalahkan Marilyn Bergman.

Untuk rekod, Diane banyak menghasilkan lagu popular untuk artis seperti Celine Dion, Aerosmith, Cher, LeAnn Rimes, Mariah Carey dan Beyonce.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Anora’ Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-97

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Abang Adik’ wakil filem Malaysia ke Anugerah Oscar ke-97

Sebanyak sembilan buah lagu ciptaannya menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100.

Malah Diane satu-satunya komposer yang menggubah sepenuhnya semua lagu-lagu ciptaannya yang menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain