suria

Alec Baldwin merungut penthouse RM76 juta terlalu kecil, terasa sesak tinggal bersama 7 orang anak

Baldwin dedah duduk di rumah yang kecil bersama anak-anaknya.

TINDAKAN pelakon Alec Baldwin merungut mengenai kediaman mewahnya yang dianggap terlalu kecil mengundang kecaman ramai.

Menerusi program realiti The Baldwins, Alec memberitahu kediaman jenis penthouse di New York yang bernilai AS$16 juta atau RM76 juta itu terasa sesak dengan kehadiran tujuh orang anak-anaknya.

Walaupun memiliki keluasan 6,086 kaki persegi, namun pelakon berusia 67 tahun itu merasakan ia tidak cukup luas untuk keluarganya.

Alec memberitahu penthouse mewahnya sempit dan tidak selesa.

Disebabkan perkara itu, ramai mengkritik kenyataan pelakon itu dan menyifatkannya sebagai tidak bersyukur dengan apa dimilikinya.

Malah ramai meminta Alec untuk merenung berapa ramai keluarga lain terpaksa tinggal dalam ruang lebih kecil dan tidak selesa.

“Saya dan isteri membesarkan tiga orang anak di rumah seluas 1,300 kaki persegi dengan hanya tiga bilik tidur dan sebuah bilik mandi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertembak kru filem, Alec Baldwin fail saman terhadap pendakwa raya

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Alec Baldwin tertembak mati kru ketika penggambaran filem Rust

“Saya tertanya-tanya jika awak akan bertahan di rumah saya seluas 1, 400 kaki persegi ini. Tak tahu bersyukur!," komen netizen.

Rancangan realiti The Baldwins yang memaparkan kehidupan keluarganya turut dikritik kerana dianggap sebagai usaha memulihkan imej Alec selepas terbabit kontroversi di set filem Rust.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain