PELAKON dan pengarah Baim Wong sekali lagi menegaskan dia tidak pernah cuba memisahkan anak-anak dengan isterinya iaitu Paula Verhoeven meskipun kini berdepan kemelut rumah tangga.
Malah Baim, 44, berani melafazkan sumpah menafikan dia menghasut kedua-dua orang anak lelakinya membenci ibu mereka sendiri.
"Saya tidak pernah ajar anak membenci ibu mereka. Mahu bersumpah? Ibu bapa saya tak mungkin masuk syurga jika saya buat begitu.
Baim tidak pernah halang Paula bertemu anak-anak mereka.
"Itu sudah paling tinggi. Nyawa adalah adalah orang tua saya sendiri. Saya bersumpah di hadapan anda semua," katanya kepada pengamal media Indonesia.
Tambah Baim, membesarkan anak-anak bersama Paula adalah cara terbaik supaya kedua-dua cahaya mata mereka itu tidak pernah merasa kehilangan kasih sayang ibu bapa.
Dalam masa sama dia turut menyangkal dakwaan menghalang Paula berjumpa anak-anak mereka seperti sering diperkatakan ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Baim Wong dakwa sikap anak mula berubah selepas 6 bulan dijaga suami
ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong dan Paula sambut Tahun Baharu Cina bersama, tak mahu anak hilang kasih sayang
"Saya tidak pernah menghalang, namun ada pula cerita dia sudah lama tidak berjumpa anak.
"Hubungan anak-anak dan ibunya semakin baik malah kalau dia mahu bermalam di rumah pun tidak ada masalah," ujarnya.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula atas dakwaan isterinya itu berlaku curang dan kes mereka kini masih dalam perbicaraan.
Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!