suria

Solekan buat Park Bom nampak cantik, bukan sebab ‘filter’ berlebihan

AHLI kumpulan 2NE1 Park Bom menyangkal dakwaan dia menggunakan aplikasi penapis kamera atau 'filter' dalam foto-foto yang dimuat naik di media sosial.

Sebaliknya kata Park Bom, 41, wajahnya kelihatan cantik hasil tatarias jurusoleknya yang hebat.

"Berlatih untuk konsert Seoul dengan jurusolek saya.

Park Bom bersama CL.

"Bukan filter tapi solekan," katanya.

Park Bom berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Park Bom turut menyiarkan foto bersama rakan sekumpulannya iaitu CL yang sedang berlatih untuk konsert 2NE1 akan datang.

Malah sekali lagi Park Bom tegaskan dia tidak menggunakan apa-apa filter pada hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom 2NE1 sekali lagi dakwa Lee Min Ho suaminya, netizen minta jumpa psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho tak kenal Park Bom secara peribadi, gosip dah jadi suami tidak berasas

"Berlatih untuk konsert hari ini dengan CL, tiada filter digunakan," ujarnya.

Sebelum ini segelintir netizen membuat spekulasi Park Bom menggunakan filter berlebihan untuk mengambil swafoto terutamanya menunjukkan saiz matanya.

Membalas respon berkenaan, Park Bom menyiarkan gambar tambahan untuk menyangkal tuduhan itu dan dengan tegas menafikan sebarang penggunaan filter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain