suria

Demi anak perempuan kesayangan, Lee Dong Gun beli rumah RM2.2 juta

Dong Gun mahu beli rumah untuk tinggal bersama Roa.

DEMI anak perempuan tunggalnya, pelakon Lee Dong Gun sedang mempertimbangkan membeli sebuah rumah berharga KRW690 juta atau RM2.2 juta.

Keputusan itu bagi membolehkan anak perempuannya iaitu Roa, 9, mempunyai ruang dan bilik sendiri setiap kali datang bermalam di rumahnya.

Jelas Dong Gun, 45, rumahnya sekarang tidak sesuai untuk kanak-kanak itu apatah lagi ia sebuah studio dan sesuai untuk seorang.

Dong Gun mahu kotakan janjinya pada Roa.

"Sebelum ini saya sudah berjanji dengan anak yang dia boleh datang dan bermalam di rumah saya.

"Jadi saya mahu mencipta ruang khusus dan sesuai untuknya agar dia berasa selesa," katanya.

Dong Gun berkongsi perkara itu ketika muncul menerusi program My Little Old Boy pada Ahad.

Aktor itu memberitahu rumah tiga tingkat yang bakal dibelinya itu terletak di Gwangju di wilayah Gyeonggi.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun ‘hilang’ sejak bercerai, Lee Dong Gun kembali aktif dalam dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Gun padam foto mesra di IG, rupa-rupanya sudah bercerai! Bekas isteri dapat hak penjagaan anak

Untuk rekod, Dong Gun pernah berkahwin dengan pelakon Jo Yoon Hee pada tahun 2017.

Namun mereka bercerai pada 2020 dan anak perempuan mereka di bawah jagaan Yoon Hee.

Bagaimanapun mereka masih mengekalkan hubungan baik dan sering dilihat menghabiskan masa bersama Roa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain