suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

King Nassar pentingkan konsep persembahan, ‘tiru‘ gaya nyanyian Beyonce

King Nassar sentiasa mengutamakan konsep persembahan.

TAMPIL dalam sebuah konsert solo pertama, penyanyi dangdut Indonesia, King Nassar menjanjikan persembahan terbaik buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan seninya.

Sebagai seorang penghibur, King Nassar, 38, juga percaya penonton yang hadir bukan hanya mahu mendengar lagu-lagu yang bakal disampaikan.

Malah, pemilihan konsep persembahan termasuk pergerakan di atas pentas juga menjadi kriteria utama agar peminat tidak hampa menyaksikan King Nassar Concert: Lost In The Jungle pada Sabtu.

King Nassar bijak menghiburkan peminat. 

"Orang tidak hanya menunggu nyanyian, tetapi penampilan penyanyi. Permintaan orang ramai itu bukannya satu tekanan tetapi cabaran buat saya.

"Perlu ada pakej lengkap. Saya selalu menjenamakan diri sebagai satu pakej yang lengkap.

"Menari dengan penuh bertenaga, melakukan pelbagai aksi dan melompat ke sana sini, tetapi nyanyian tetap mantap seperti Beyonce. Idola saya ialah Beyonce," katanya dalam sesi bertemu media di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunto Aji bersuara wakili rakyat Indonesia, pelik tiba-tiba dapat makanan percuma 

ARTIKEL BERKAITAN: Stres digelar ‘muka petak‘ punca Angbeen Rishi hampir jalani pembedahan

Bercakap tentang penganjuran konsert berkenaan, King Nassar memberitahu dia sudah mengambil pandangan ramai yang berminat untuk menyaksikan persembahannya.

Meskipun sudah berpengalaman membuat persembahan dalam pelbagai acara, penyanyi ini mengakui gementar menjelang konsert tersebut.

"Saya bertanya di media sosial dan banyak komen positif yang memberi sokongan," ujarnya.

 

Artikel Lain

Najib kembali ke Penjara Kajang