PEPATAH sikit-sikit lama-lama jadi bukit boleh diterjemahkan kepada persediaan yang dilakukan oleh dua insan bercinta iaitu pelakon Rusdi Ramli dan komposer Sharon Paul.Kedua-duanya sama padan dan sama hebat apabila digandingkan bersama lebih-lebih lagi bergandingan di bawah satu bumbung. Namun, pasangan ini belum membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini.Jika tidak disatukan dalam tahun ini, mereka mungkin akan berkahwin pada awal tahun depan.Walaupun belum bergelar pasangan suami isteri, ia tidak menghalang niat mereka untuk berkongsi tenaga menubuhkan syarikat bersama iaitu Film Works Sdn. Bhd baru-baru ini.Hal itu diakui sendiri oleh Rusdi ketika ditemui di pejabat Finas, Hulu Kelang semalam.Kata pelakon berusia 38 tahun ini, dia membuat bahagian produksi manakala Sharon bertindak dalam bahagian muzik.Apabila diusik Rusdi tentang persediaan awalnya dan Sharon itu yang menandakan mereka benar-benar serius dalam hubungan masing-masing, Rusdi membalas: "Itu lebih baik kerana kami memang sudah terfikir ke arah itu (perkahwinan). Lagipun, senang juga membuat persediaan awal dan Sharon bukan 'main-main' dalam hal ini."Kini, sudah setahun Rusdi dan Sharon mengenali antara satu sama lain setelah diketemukan dalam malam gala tayangan filem 1957-Hati Malaya pada tahun lepas.Rusdi mengakui selepas setahun berkenalan, dia dan Sharon semakin serasi dan memahami hati budi masing-masing."Saya menyenangi sikapnya yang tidak banyak kerenah," ulas Rusdi ringkas apabila menjawab pertanyaan sebab Sharon menjadi pilihannya.Bayangkan, Rusdi telah 15 tahun menduda dan anak bujangnya, Efizal Rizal kini sudah mencecah usia 18 tahun. Namun, belum terlambat untuk Rusdi menamatkan zaman solonya.Menurut Rusdi, dia sudah bertemu dengan ibu Sharon. Begitu juga dengan Sharon yang sudah berjumpa dengan ibunya, Norlia Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan Joyah.Bagaimanapun, pelakon filem Gentayangan ini belum dapat mengesahkan segala maklumat tentang perkahwinannya.Bakal mengarah filemDalam temubual tersebut, Rusdi turut diaju soalan dia bakal mengarah sebuah filem tidak lama lagi.Rusdi yang pada mulanya terkejut dengan soalan tersebut menjawab,: "Semua itu masih diperingkat awal dan saya belum boleh ceritakan di sini tetapi memang saya akan mengarah filem itu nanti. Insya-Allah."Obesiti dan cinta siberMenyentuh tentang perkembangan seni Rusdi sekarang, dia kini terlibat dengan pengambaran drama bersiri 13 episod Kasanova XXL terbitan Pesona Pictures.Menurut Rusdi, drama yang sudah menjalani pengambaran sejak awal bulan September itu turut dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Nanu Baharudin dan Emelda Rosmila."Cerita ini menyentuh tentang obesiti dan cinta siber dan bergenre romantik komedi. Saya sukakan skrip dan perjalanan cerita ini. Saya juga senang bekerja dengan Shaheizy kerana dia bagus dalam lakonan," ujar Rusdi yang membawa watak Aman iaitu abang kepada Ozi lakonan Shaheizy Sam.