Pierre cuba meredakan keadaan dengan ingin mengakhiri sidang media berkenaan apabila muncul wartawan hiburan sebuah akhbar arus perdana tiba-tiba berang dan meminta Pierre berterus-terang dihadapan semua wartawan yang hadir. (Foto oleh: Budiey.com)SERDANG Setelah babak 'drama' di lokasi Gerak Khas baru-baru ini yang membabitkan pasangan suami isteri Norman Hakim-Abby Abadi, pihak media sekali lagi disajikan dengan adegan 'kejar-mengejar' di pra Tonton Selamat Pagi Cinta sekitar jam 2 petang tadi.Ketika semua wartawan menunggu peluang menemuramah pelakon dan juga pengarah filem Jangan Tegur, Pierre Andre ekoran cerita sensasi kononnya dia 'dibomoh' oleh seorang wanita misteri bernama Maya Darlina, wartawan dikejutkan dengan adegan kejar-kejar ini di pusat beli belah The Mines. Dalam sidang media tersebut, Pierre menceritakan kisah sebenar yang terjadi kepada dirinya ekoran daripada cerita yang digembar-gemburkan beliau bercinta sehingga dibomohkan oleh wanita terbabit.Tegasnya, akibat daripada cerita tidak benar yang disebarkan itu, ibunya, Khatijah Tan jadi bimbang dan membawanya pergi berubat.“Saya ingin betulkan di sini saya tak pernah sakit dibuat orang, saya tidak bercinta dengan halimunan dan sihat. Saya malas nak layan benda karut-karut ini. Cuma bezanya sekarang, saya tidak lagi melayan panggilan dari wanita tersebut,” katanya.Beliau juga menegaskan artis bukan milik masyarakat dan media perlu menghormatinya.“Saya faham kerja wartawan. Cuma yang dikesalkan kenapa perlu mengganggu saya di set penggambaran,” katanya.Kisah cinta yang kononnya melibatkan Pierre dan perempuan misteri itu telah digembar-gemburkan sehingga menjadi gosip hangat.Sehinggakan dua orang wartawan hiburan dari program sensasi Melodi (TV3) dan pemberita hiburan dari sebuah akhbar arus perdana menjejaki anak lelaki Khatijah Tan ini ketika dilokasi penggambaran filem 'Jangan Tegur' pada akhir bulan Ramadan yang lalu.Pierre yang juga pengarah filem Jangan Tegur berkata ekoran daripada kejadian itu beliau terpaksa menangguhkan penggambaran babak terakhir filem tersebut apabila dua wartawan tersebut mendesaknya untuk memberi kenyataan berhubung isu tersebut.“Ekoran kejadian itu saya hanya dapat habiskan 98 peratus daripada keseluruhan filem berkenaan. Selebihnya ia dibuat oleh mereka yang dilantik krew yang dilantik sendiri oleh Metrowealth,” kata Pierre dengan nada sedikit kesal, bagaikan memberi gambaran yang beliau cukup tertekan dengan kejadian didesak wartawan.Menurut Pierre, beliau agak kecewa dengan tindakan dua wartawan terbabit yang disifatkan telah melanggar etika kewartawanan kerana mengganggu beliau di set penggambaran.“Saya sudah kata saya akan jelaskan tapi mereka tetap mendesak saya. Ini filem saya, saya tak suka mereka ganggu kerja saya. Saya tak pernah ganggu sesiapa.“Macam mana saya nak beri kenyataan sedangkan apa yang diperkatakan itu tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah bercinta dengan siapa-siapa pun,” katanya.Ekoran kejadian itu Pierre berkata beliau mungkin mengambil tindakan mahkamah terhadap dua wartawan tersebut.Sementara itu menurut penerbitnya, David Teo, penggambaran yang dimaksudkan oleh Pierre ialah penggambaran adegan pada waktu Subuh dan babak itu terpkasa dibuat semula kerana adegan asalnya gelap."Apabila timbul masalah (Pierre meninggalkan lokasi), penolong pengarahnya yang menyudahkan."Ia bukan masalah besar sebab hanya tujuh adegan yang dibuat semula mengikut gambar asal yang gelap itu," jelas David. Diakhir sidang media berkenaan, wartawan hiburan yang dimaksudkan Pierre, yang kebetulan turut berada di sidang media berkenaan tiba-tiba bangun dan berkata:“Saya dan Michelle dua wartawan durjana yang dimaksudkan Pierre?.”Dalam nada marah, wartawan itu menerjah dan meminta Pierre yang juga penulis skrip 'I’m Not Single' itu berterus terang dan berkata benar dihadapan semua wartawan yang hadir.“Jangan jadi hipokrit Pierre. Baik kau buat pengakuan di hadapan semua media!”katanya.Ketika itu, Pierre bangun dan menyuruh pembantunya, merakamkan percakapan antara dia dan wartawan tersebut.Pada waktu yang sama Pierre mahu mengakhiri sidang media berkenaan dan sempat berkata:“Inilah yang saya maksudkan (wartawan yang tidak beretika).”Namun sebaik dia melangkah keluar dari Restoran Lemon milik penerbit Metrowealth, David Teoh, wartawan cuba menghalang Pierre sambil berkata:“Baik buat pengakuan sekarang, Pierre!”Pierre yang malas memanjangkan persengketaan, meluru laju meninggalkan restoran berkenaan namun wartawan tidak berputus-asa dan terus mengejar Pierre untuk mendapatkan kepastian daripada penulis skrip filem 'Jangan Pandang Belakang'.Adegan kejar-mengejar ala 'police and thief' itu berlaku dalam jarak kira-kira 30 meter dan dalam 10 minit.Namun, apa yang lebih memalukan adegan kejadian kejar-mengejar yang berlaku di pusat membeli belah The Mines itu dapat disaksikan oleh pengujung yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.Setelah beberapa lama episod itu lenyap dari pandangan mata, tauke besar Metrowealth Movies, David Teo diajukan soalan samada beliau nampak apa yang berlaku."Tak ada adegan tumbuk menumbuk. saya kenal siapa artis saya...," jelas David.