suria

Estranged, OAG semarakkan Rock The World 8

KONSERT Rock The World 8 (RTW 8) akan diadakan pada 20 Disember ini dari 2 petang hingga lewat malam di Secret Garden, Stadium Merdeka.

Seramai 16 artis yang akan membuat persembahan di konsert RTW 8 seperti Estranged, One Buck Short, The Times, Pure Vibrations, Bunkface dan Republic of Brickfields.

Turut serta adalah Butterfingers, Koffin Kanser, Zip Zieller, The Other Side Orchestra Laila’s Lounge, Revenge, They Will Kill Us All, Komplot, OAG dan Upon Arrival.

RTW 8 dianjurkan oleh Fat Boys Records dibawakan oleh radio Era, Hitz.Fm dan X-Fresh dan konsert tersebut dikenakan bayaran tiket RM25 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.rocktheworld.com.my.

Sepanjang hari konsert tersebut, 1,000 orang pertama akan menerima sehelai baju t Zero Hour RTW 8.

Tiket-tiket boleh didapati di tempat semasa berlangsung hari konsert tersebut atau di Kompleks Maju Junction, dan mana-mana Rock Corner, dan Music Valley.

RTW 8 juga telah membawa langkah seterusnya untuk melakukan persembahan jelajah iaitu RTW 8 College Campus Tour.

Enam buah kolej dan universiti telah dipilih untuk mengadakan RTW 8 College Campus Tour selain memberi peluang kepada pemuzik dan pelajar dengan ‘memecahkan’ tenaga dan bakat muzik mereka yang tidak berpeluang menunjukkannya kepada umum.

Selain itu, mereka juga boleh membuat persembahan di hadapan ribuan penonton di samping mengadakan persembahan bersama-sama artis tempatan.

Ini bukan sahaja memberi pendedahan malah galakan kepada mereka untuk mencungkil bakat mereka ke tahap seterusnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan