Konsep album 'Seumur Hidup' yang dikatakan elegan dan eksklusif itu. Pada usia 20 tahun, tiada yang lebih bermakna selain dapat menghasilkan album bagi penyanyi kelahiran AF iaitu Dafi.14hb Disember 2008 merupakan hari yang bermakna buat anak seni ini. Hari ulangtahunnya bukan saja disambut gilang gemilang tapi dirai dan di anjurkan oleh DFC The Official Dafi Fans Club yang di taja oleh Menara Kuala Lumpur. Majlis pula dihadiri oleh tokoh VIP Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, yang merupakan bapa kepada beliau serta keluarga.Diiringi oleh En Norman Abd Halim Presiden & Ketua Pengawai Eksekutif KRU Studios serta rakan-rakan media, ahli keluarga Dafi dan peminat.Kemeriahan majlis pada hari ini bukan hanya pada acara meraikan ulangtahun Dafi malah sebagai hadiah istimewa, KRU Studios mengambil peluang ini untuk melancarkan album sulung Dafi yang di beri judul Seumur Hidup.Album yang telah dinantikan oleh Dafi sejak lebih setahun ini, akhirnya muncul di pasaran.Dafi – Seumur Hidup tampil dengan dua jenis packaging yang berbeza dimana 500 unit pertama berada di pasaran dengan packaging eksklusif.Konsep yang beridentitikan elegan dapat dilihat melalui kulit album ini dimana fesyen dan pakaiannya bertemakan ala-ala korean yang tampak eksklusif sesuai dengan lagu-lagu yang terdapat didalamnya.Album Dafi – Seumur Hidup di muatkan dengan 10 buah lagu dimana 2 daripadanya adalah lagu ciptaan komposer dari Indonesia.Keseluruhan lagu didalam album ini mendapat sentuhan dari Edry Abdul Halim, Archie Nasution, Reza Ramzey (Bajai), Puja Paska dan Panji. Lapan buah lagu yang dimaksudkan adalah “Bila Terasa Rindu”, “Adinda”, "Seumur Hidup”, “Lemah”, “Seandainya”, “Hanya Namamu Cinta”, “Inginku” dan “3 Kata”.Bagi langkah mengeratkan pertalian dan strategi pasaran luar, KRU mengambil langkah untuk memuatkan dua bua lagu dari Indonesia iaitu “Dua Hati Menjadi Satu” (duet bersama Gita Gutawa) cipataan Yovie Widianto dan “Di Antara” ciptaan Badai (Kerispatih). Rakaman bagi lagu “Di Antara” dijalankan di Jakarta, Indonesia pada bulan September yang lalu.Kerjasama ini dipersetujui oleh Sony BMG Indonesia, dimana pemasaran album Dafi di negara itu direncanakan akan diurus oleh syarikat tersebut. Bagi edaran album Dafi di Malaysia dijalankan oleh Universal Music dengan harga RM29.90 dalam bentuk CD sahaja.Bukan itu sahaja, bagi mengembangkan strategi promosi album ini, dua buah lagu dipetik untuk dijadikan lagu tema bagi filem terbitan KRU Studios.Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah “Lemah” bagi filem Cicakman 2-Planet Hitam yang telah merempuh pawagam pada 11hb Disember 2008 dan sebuah lagi filem yang dijadualkan berada di pawagam pada bulan April 2009 iaitu NOTTI.KRU Studios dengan kerjasama Maestro telah merangka lebih banyak promosi dan strategi pemasaran buat Dafi di masa akan datang. Ini merupakan cara dan inisiatif syarikat dalam membantu menaikkan dan menyokong kerjaya Dafi sebagai anak seni. Di kesempatan ini, KRU Studios turut ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam persediaan album Dafi – Seumur Hidup ini. Antaranya pihak penaja Fundamental Pictures, Hair One Studio dan Tangoo.