Antara peserta yang berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Foto The Star Oleh: BRIAN MOH.MELIHAT kepada keserlahan bakat setiap peserta Raja Lawak Astro musim ketiga, tidak mustahil jika mereka mampu menaikkan martabat para pelawak yang sedia ada dalam industri seni ini.Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh pelakon dan pelawak profesional, Zaibo, yang secara tidak langsung turut bertindak sebagai pengkritik tetap program ini selama dua musim berturut-turut. Jika semasa musim kedua lalu, Raja Lawak telah dinobatkan kepada juaranya, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil.Selepas memasuki musim ketiga kini, program realiti ini juga semakin mendapat tempat di kalangan penonton yang sentiasa dahagakan hiburan.“Saya yakin Nabil turut menjadi sumber inspirasi kepada para pelawak yang memasuki musim ketiga ini.“Namun, saya telah sedaya upaya tidak mahu melihat klon Nabil yang membuat persembahan. Sebaliknya, para peserta boleh jadikan Nabil sebagai sumber inspirasi sahaja.“Dengan kejayaan para peserta yang membuat persembahan menghiburkan pada minggu pertama ini, ia menunjukkan petanda yang baik di mana program ini bukan sahaja mencetuskan glamor malah turut meletakkan ia ke satu standard yang lain.“Saya harap program ini bakal mencapai kejayaan dalam masa 10 tahun lagi, di mana waktu itu penonton akan menghormati kerjaya pelawak,” luah Zaibo ketika Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga bagi minggu pertama yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.Zaibo juga mengakui yang kerjaya pelawak zaman sekarang sudah tidak diangkat sebagai penghibur profesional seperti zaman kemashyuran seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan rakan-rakan seperjuangannya.“Saya tidak mahu lagi kerjaya sebagai pelawak ini dianggap sebagai tempelan atau ‘nasi tambah’ dalam mana-mana filem atau drama malah mahukan status kami dianggap setaraf seperti pelakon-pelakon lain.“Ini kerana semua orang seni menyumbang kepada dunia seni. Oleh itu, jangan diadakan ‘kelas-kelas’ tertentu,” ucap Zaibo positif.Merangkumkan secara keseluruhan tentang persembahan peserta pada minggu pertama ini, Zaibo berpendapat kebanyakan peserta juga sudah boleh sesuaikan diri mereka dengan para penonton.“Mereka bukan sahaja selesa, tetapi juga mampu berlawak. Jika ada yang gugup tu, saya masih boleh maafkan sebab ini baru minggu pertama dan program ini masih baru untuk mereka. “Kebanyakannya juga menunjukkan persembahan menghiburkan yang saya tidak jangkakan.“Apa yang penting dalam kandungan lawak bertemakan Bebas itu, ramai penonton yang terhibur malah bersorak semasa menonton setiap persembahan mereka,” tambah Zaibo lagi.Tersingkir bermaruahTiga peserta yang mendapat markah terendah hampir-hampir disingkirkan pada minggu pertama lalu.Mereka adalah Nuur Jihan Musa (Jihan), Ahmad Faizlam Alam (Mat) dan Rafizzan Yaacop (Yann).Melihat kepada persembahan ketiga-tiganya, mereka bukannya tidak menunjukkan persembahan yang menarik dan menghiburkan.Menurut Zaibo, jika mereka tersingkir pada minggu itu, sekurang-kurangnya mereka meninggalkan program ini dengan bermaruah.Sebaliknya, Zaibo menjangkakan peserta yang sepatutnya tersingkir adalah Sutrarmin Tukichan atau Manbelon.Selain Zaibo, dua pengkritik tetap yang lain adalah Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau.Dalam pada itu, Fauziah Nawi berkata rata-rata peserta menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbitan kerana tidak menyingkirkan tiga peserta memperoleh markah terendah pada minggu itu.“Nasib para peserta kini bergantung kepada orang suka atau tidak,” kata Fauziah.Sementara Shamsul Ghau Ghau pula berpendapat secara keseseluruhannya ada yang betul-betul bagus.“Namun, ada juga yang masih takut-takut lagi. Misalnya, jika yang peserta pertama menunjukkan persembahan yang bagus, kedua juga bagus tetapi tiba giliran yang ketiga kurang yakin pula.“Jadi, tiga peserta yang berada pada kedudukan terendah perlu berhati-hati pada masa akan datang,” komen Shamsul.Raja Lawak 3 turut disertai oleh Adam Abdul Karim Zamri (Adam), Aman Shah Asri (Am), Mohammad Amirullah Azmi (Amir), kumpulan Chot yang dianggotai oleh Hazmeer Hassan (Amer) dan Muhd Shaiful Bakri (Epul), LNJ yang dianggotai oleh Afzan Saffuan Ahmad dan Wan Sharizon Rahim, Sepah dianggotai Shamira Muhamad, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Mohd Noor Murad, Syem atau Shamsir Mohd Shahar dan Talam atau Ahmad Faidz Ahmad Yusoff.Program yang dihoskan oleh Zizan dan Johan ini dinilai 100 peratus melalui undian penonton.Saksikan siaran langsung Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).