Apek mengagumi bakat lawak yang dimiliki oleh Nabil.Foto The Star Oleh: SHAARI CHE MATSEJAK hampir sedekad lalu pelakon Saiful Apek, 40 tetap unggul sebagai pelawak nombor satu negara. Bermula Senario The Movie pada 1999, Apek terus laris setiap tahun hingga pernah membintangi lapan filem sepanjang 2005.Bagaimanapun, kemunculan Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil tahun lalu memberi gambaran seakan Apek tidak lagi berada di tangga teratas kerana aura yang dimiliki juara Raja Lawak musim kedua itu cukup hebat. Lebih mengukuhkan fakta berkenaan apabila lakonan Nabil dalam filem terbaru, Sifu dan Tonga lakonan Nabil dilihat lebih menonjol berbanding lakonan Saiful Apek.Ketika diajukan soalan berkenaan, nyata jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini tidak mudah melatah.“Bagi saya overshadow dalam lakonan perlu lebih-lebih lagi jika cerita lawak. Namun pada masa yang sama biarlah ia sesuai dengan situasi dan sesuatu babak dalam filem berkenaan.“Sesuatu lawak itu perlu lahir secara natural tanpa perlu dibuat-buat kerana lawak yang nampak menonjol ini perlu ada keseimbangan,”kata Apek yang ditemui selepas majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Sifu dan Tonga.Menurut bekas ahli kumpulan lawak Senario ini lagi, dia secara peribadi kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Nabil dan dia percaya sebagai pelapis baru Nabil berpontensi untuk pergi jauh dalam arena lawak di negara ini."Nabil punya identiti tersendiri sebagai pelawak, dia selalu gabungkan idea-idea yang baru dan bekerjasama dengan dia dalam filem ini satu pengalaman yang menarik," ujarnya.Jelas Apek, perjalanan hidup pelakon mahupun pelawak bukan berniat untuk mengganti orang lain, tetapi menyambung generasi seterusnya.Dia percaya setiap pelakon memberi sumbangan berbeza dan kehadiran lebih ramai pelakon baru mampu menjadikan bidang lakonan bertambah baik."Saya gusar bila memikirkan penonton ke pawagam asyik menonton wajah saya. Akibat kerap berlakon, ia tidak lagi mencabar pada saya dan kurang impak pada penonton. Soal filem pula, bukan lakonan saya tidak berkualiti, tetapi tidak lagi eksklusif."Walaupun ada yang menganggap pencapaian seni saya menurun apabila ada pelapis baru, hakikatnya saya masih ada di pasaran."Sebenarnya, sejak mula terbabit dengan bidang seni ini dulu selepas program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1994, minat saya lebih kepada kerja belakang tabir," katanya.Apek yang kini bergelar pengarah melalui filem sulungnya, "Shhh...Dia Datang" mengakui pernah dua kali tolak tawaran berlakon bersama Aznil Nawawi pada 1996, tetapi rezekinya selepas itu bersama Senario hingga bertahan hingga tujuh tahun."Saya perlu menunggu sembilan tahun untuk sampai ke tahap Nabil sekarang yang diterima ramai peminat. Nabil mudah diterima kerana dia menang Raja Lawak 2. Lalu, kemenangan dia itu sebagai sijil untuk dia dapatkan kerja," katanya.Bakal muncul dengan album soloDitanya mengenai perjalanan karier seninya, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata dia dalam proses menerbitkan album solonya terbaru."Walaupun aktif berlakon dan sudah jadi pengarah, saya tidak nafikan minat pada nyanyian tidak pernah luput. Saya akui sangat minat bermain gitar dan enggan bakat ini diketepikan begitu saja. Jadi, biarlah saya muncul dengan album untuk asah bakat nyanyian."Setakat ini, kira-kira 90 peratus penghasilan albumnya sudah siap dan akan dipasarkan Mac nanti."Album solo saya akan memuatkan 10 lagu. Saya juga ada menyumbangkan penulisan lirik dan turut memuatkan dua lagu bonus, Ubat dan Aspalela."Justeru, saya berharap album ini diterima peminat biarpun pasaran tidak menentu," kata pelawak yang dicungkil bakat menerusi Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada tahun 1994 dahulu. Lebih istimewa dalam album terbaru Apek nanti akan turut memuatkan sebuah lagu duet Apek bersama Angah dan Along Raja Lawak.Berlakon filem MandarinNyata tuah terus berpihak kepada ayah kepada dua cahaya mata ini apabila dia mendapat kepercayaan pengarah dari luar negara untuk membintangi filem mereka.Apek akan muncul dengan filem terbaru, The Wedding Game arahan sutradara dari Thailand, Ekachai Uekrongtham.Dalam filem itu, Saiful Apek membawa watak Syed yang tetap berlandaskan komedi dan akan ditayangkan pada 25 Januari ini sempena Tahun Baru Cina.Menceritakan perihal lakonannya, nyata Apek sangat teruja menantikan reaksi daripada peminat sekalipun wataknya tidak banyak tetapi paling menyeronokkan pengarah dari Thailand itu menyukai lakonannya.Menurutnya, apa yang ditonjolkan untuk watak Syed itu ternyata tiada masalah bagi Ekachai menerimanya."Saya ambil tawaran berlakon The Wedding Game kerana mahu pengalaman bekerja dengan produksi luar. Ini kerana, sekarang adalah masanya untuk saya lebih terbuka bekerja dengan produksi luar demi perkembangan karier seni yang diceburi."Tidak kisah sama ada babaknya banyak atau sedikit, yang penting, kepercayaan orang pada bakat saya. Bagi filem The Wedding Game yang dibintangi rata-rata pelakon Cina, ia memang memberi cabaran besar. Maklum sajalah, bahasanya Mandarin."Namun, itu bukan alasan untuk tidak mencuba kerana saya sukakan genre kisah cinta. Lagipun, bekerja dengan Ekachai mudah asalkan faham kehendaknya. Dari segi kesungguhan bekerja pula, lebih kurang sama dengan pengarah di tanah air," katanya.Tumpukan perhatian di belakang tabirSudah berlakon hampir 40 buah filem nyata Apek sudah seakan puas dengan pencapaiannya di layar lebar dan sempena kedatangan tahun baru 2009 dia ingin menumpukan perhatian kepada perkara lain."Untuk tahun 2009 saya nak tumpukan perhatian kepada kerja-kerja belakang tabir. "Saya rasa dah tiba masanya saya luangkan lebih banyak masa menjadi pengarah dan terbitkan rancangan-rancangan berbentuk lawak."Terbaru saya sudah pun mengarah sekuel 'Shh..Dia Datang'. Saya pun berdebar-debar juga menanti maklum balas daripada penonton," kata Apek yang sudah pun menerbitkan rancangan lawak 'Hua Hua Hua' di saluran berbayar Astro Ria.